Thursday, Feb 22, 2018
HomeBeritaBeli burger dapat asid

Beli burger dapat asid

“SAYA sangka dia mahu minum air dari botol dibawanya ketika menghampiri kami namun sangkaan saya meleset apabila tiba-tiba dia menyimbah cecair ke muka dan badan kami hingga menyebabkan rakan saya menggelupur kepanasan,” kata remaja berusia 14 tahun yang melecur bersama rakannya akibat disimbah asid ketika membeli burger di sebuah gerai di Kampung Banggol Pak Esah, malam kelmarin.

Advertisements

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, Emi Azman, 22, cedera parah dengan melecur teruk di muka dan badan manakala remaja berkenaan Tuan Zulashraf Tan Yaacob, yang membonceng motosikal rakannya itu melecur di muka, bahu dan betis akibat terkena percikan asid berkenaan.

Tuan Zulashraf yang menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, dibenarkan keluar namun rakannya itu terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan ditempatkan Unit Rawatan Kebakaran.

Ketika kejadian kedua-dua mereka berada di atas motosikal menunggu burger siap apabila disimbah asid oleh lelaki yang dikenali itu.

Menurut Tuan Zulashraf, selepas terkena simbahan asid itu, rakannya memecut motosikal untuk melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan turut dikejar suspek sebelum lelaki itu menghilangkan diri. –Harian Metro

comments

MH370: FBI tak jumpa
3 Tip Elak Krisis Da

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja