Beli perabot sesuai bajet

0

Hajat di hati mahu suasana rumah serba serbi berubah. Dari ruang tamu, bilik tidur hingga ke dapur mahu ditatahias dengan perabot baharu. (Gambar hiasan)

“BANG, saya suka sangat sofa ni. Kalau dipadankan dengan kabinet warna sedondon. Wah! Berseri-serilah rumah kita raya nanti, Bang. Kalau ada bajet lebih, boleh tukar set meja makan sekali. Dah tiga tahun pun asyik guna meja sama, bosan. Kita beli baru, ya Bang,”  pujuk Kay, sambil tersenyum manja ke arah suaminya, Hazim.

Ya, tahun baru muncul lagi. Hajat di hati mahu suasana rumah serba serbi berubah. Dari ruang tamu, bilik tidur hingga ke dapur mahu ditatahias dengan perabot baharu. Ya, memang tiada salahnya jika ada bajet lebih, tetapi janganlah sampai membazir.

(Gambar hiasan)

(Gambar hiasan)

Mungkin anda hanya perlu menukar satu atau dua jenis barang utama sahaja, Misalnya, sofa, kabinet atau katil baru untuk menyuntik suasana segar di ruang kediaman.

Paling penting, sebelum membeli sebarang perabot baru, pastikan anda menetapkan anggaran kos selain memastikan pilihan sesuai konsep serta keluasan kediaman. Perabot, perkakasan dan kemasan mahal, tidak semestinya memberi kepuasan tatarias yang anda harapkan. Keserasian menjadi kunci utama tata hias rumah anda. Sama ada perabot itu mahal atau murah. Besar atau kecil, anda harus memastikah barang itu memang sesuai berada di dalam rumah anda.

Ingat, beli sesuatu hanya setelah anda pasti memang sesuai dengan keperluan dan tatahias rumah anda. Jika anda tidak mahir dalam bidang hiasan dalaman, dapatkan nasihat daripada orang yang mahir. Tidak perlu tergesa-gesa, kawal keterujaan anda untuk mengelak berlaku pembaziran ketika membeli barang baharu.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply