Benarkah dia jodohku?

0
Mungkinkah dia hanya menganggap anda 'teman tetapi mesra' sahaja, bukan calon isteri atau suami? (Gambar hiasan)

Mungkinkah dia hanya menganggap anda ‘teman tetapi mesra’ sahaja, bukan calon isteri atau suami? (Gambar hiasan)

“SUDAH dua tahun kami saling mengenali. Setiap hari kami pasti bertemu, makan bersama dan saling berkongsi cerita. Cuma saya selalu waswas, apakah dia serius dalam hubungan kami atau sekadar mahu suka-suka. Betul ke dia jodoh saya?” Luah Marina mengenai hubungannya dengan Hakim.

Ya, pasti bahagia rasanya apabila anda dan dia mempunyai perasaan serta matlamat sama. Mungkinkah dia hanya menganggap anda ‘teman tetapi mesra’ sahaja, bukan calon isteri atau suami.

Hurmmm…Bingung memikirkan sama ada dia serius mahu anda menjadi pasangan hidupnya? Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda mengenal pasti apakah dia jodoh anda.

1. Menghargai
Sikap dan perilakunya boleh memberi petanda sama ada si dia mahu menjalinkan hubungan serius dengan anda atau sekadar teman biasa. Misalnya, dia sentiasa menghargai pendapat anda dan ikhlas apabila memberi bantuan. Jangan risau, lelaki yang bertanggungjawab akan berkata dan bersikap jujur jika dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan serius.

2. Keutamaan
Lelaki sangat menjaga hubungan persahabatan dan seringkali mementingkan sahabat daripada kekasih, tetapi, jika dia banyak meluangkan waktu bersama anda berbanding temannya, ini petanda baik.

3. Menjadi diri sendiri
Pada peringkat awal hubungan, dia kelihatan sempurna. Misalnya, dia sentiasa memastikan wajahnya bersih atau berpakaian kemas dan wangi setiap kali bertemu anda, tetapi sekian lama bercinta, penampilannya ala kadar malah sekali sekala hanya berselipar jepun.
Jangan cepat berprasangka buruk, jika sikapnya tidak berubah iaitu masih baik, perhatian dan sopan kepada anda. Ini bererti dia berasa lebih selesa bersama anda kerana boleh menjadi diri sendiri. Paling penting, dia tidak perlu berpura-pura dan sentiasa bersikap jujur.

4. Terbuka
Sebenarnya, lelaki juga berasa bahagia jika dapat berkongsi cerita mengenai impian dan kebimbangannya dalam hidup ini. Ini tandanya dia sangat mempercayai anda dan bersikap terbuka dalam hubungan. Bagaimanapun, jika si dia jenis pendiam jangan berkecil hati kerana ini bukan bermakna dia tidak prihatin. Tiada salahnya anda terlebih dulu bersikap terbuka, pasti lama-kelamaan dia berubah.

5. Kongsi impian
Kepada siapa anda selalu berkongsi cerita suka dan duka? Pasti dengan orang yang dipercayai atau cintai. Begitu juga si dia, jika dia selalu membabitkan anda dalam perbincangan masa depan atau berbicara mengenai keluarga atau waktu bersama ini menunjukkan dia mempunyai rancangan serius dalam hubungan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply