Monday, Jul 16, 2018
HomeHiburan/SelebritiBerambut Pendek, Fasha Sandha ‘laku keras’

Berambut Pendek, Fasha Sandha ‘laku keras’

Wah, dengar cerita sejak tampil dengan imej rambut pendek paras leher, aktres jelita, Fasha Sandha,32, menjadi rebutan ramai, khususnya pengeluar kosmetik dan pereka fesyen yang mahu melantiknya menjadi jurucakap jenama dan model produk.

Advertisements

Pendek kata, sedang ‘laku keras’. Ini sekali gus membuktikan, walaupun kehadiran bintang baru dalam dunia seni tumbuh bagaikan cendawan muncul selepas hujan, namun kedudukannya tidak tergugat. Sebaliknya, rezeki ibu beranak dua ini tidak putus, malah pendapatannya semakin melonjak.

Pastinya situasi positif ini menggembirakan Fasha yang memang diketahui ramai sangat komited dengan kerjaya seninya. Sepanjang 12 tahun dalam bidang seni, disiplin, usaha dan kesungguhannya memang tidak wajar dinafikan lagi.

Rata-rata followers di laman sosialnya juga dilihat sentiasa memberi sokongan positif kepadanya. Ini termasuklah apabila Fasha tampil berambut pendek. Bagi peminat pelakon drama rantaian Lara Aishah ini, penampilan barunya itu membuat dia kelihatan bergaya, elegan dan hot.

Nampaknya tidak sia-sia Fasha ‘korbankan’ rambutnya demi filem Badang, lakonan bersama ‘Abang Kosmetik’, Dato’ Alif Syukri. Rambut pendeknya itu membawa rezeki lebih banyak lagi.

comments

"Saya Tidak Ada Kait
Hadiah Bernilai RM50

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja