Thursday, Feb 22, 2018
HomeBeritaBerang dituduh ganggu isteri orang

Berang dituduh ganggu isteri orang

Gambar hiasan

KINABATANGAN: Gara-gara tidak puas hati selepas dituduh mengganggu isteri orang, seorang lelaki bertindak menikam rakan sekerjanya sehingga mati dalam kejadian di rumah pekerja di ladang sawit Paris 3, Jalan Kinabatangan, dekat sini, kelmarin.

Advertisements

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa warga Indonesia, Kahar Patta, 33, parah di bahagian perut dan kaki selepas ditikam menggunakan benda tajam kemudian dikejarkan ke Hospital Besar Lahad Datu, dekat sini.

Bagaimanapun, pihak Hospital Besar Lahad Datu mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 9.30 malam hari sama.

Ketua Polis Daerah Superintendan A Sahak Rahmat berkata, siasatan awal mendapati pada jam 5.45 petang polis menerima laporan mengatakan dua pekerja ladang bergaduh di rumah pekerja di Paris 3, Jalan Kinabatangan, dekat sini.

“Pemeriksaan mendapati berikutan pergaduhan itu seorang pekerja ladang berkenaan dipercayai cedera di perut dan kaki kanan akibat ditikam menggunakan benda tajam.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Lahad Datu, dekat sini oleh beberapa pekerja di ladang berkenaan untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, selepas menerima rawatan hampir lima jam, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya.- myMetro

comments

FOLLOW US ON:
Kejutan dari Terengg
Artis 'basuh peminat

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja