Berbelanja sambil beramal

0

TBB---Yearly-Planner-(4)MASIH ramai yang sayang dan prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan. Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan tarap hidup mereka. The Batik Boutique tidak terkecuali mengambil bahagian dengan menggerakan usaha murni bagi memberi peluang kepada golongan miskin, ibu tunggal dan kurang bernasib baik untuk meningkatkan kualiti taraf hidup mereka melalui penjualan barangan hasil kraftangan berasaskan batik.

Pengasasnya, Amy Blair, berkata, setiap hasil penjualan barangan The Batik Boutique akan disalurkan terus kepada wanita yang terbabit secara langsung dalam penghasilan produk berkenaan. Selain itu, hasil keuntungan sebanyak 20% akan didermakan kepada badan kebajikan di Malaysia.

Harapan buat ibu tunggal
Ditubuhkan pada tahun 2010, idea The Batik Boutique tercetus dengan harapan untuk membantu seorang ibu tunggal menyara keluarganya. Sejak itu, usaha ini telah membantu lebih 30 wanita yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang. Projek ini juga sekali gus memperkenalkan karya seni batik ke seluruh dunia dan memartabatkan hasil warisan batik.

“Saya sangat gembira melihat tranformasi kehidupan keluarga yang kurang berkemampuan menjadi lebih baik. Terima kasih kepada pelanggan yang membantu dalam usaha mencapai transformasi ini,” kata Amy Blair.

Amy dilahirkan di Texas dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 2007. Dia mengambil inisiatif untuk menguasai Bahasa Melayu daripada seorang ibu tunggal dan membantu wanita itu mencari cara untuk menyara diri dan keluarganya.

Apabila mendapat tahu wanita itu mempunyai sebuah mesin jahit, mereka berdua mula bereksperimen dengan hasil jahitan batik. Sejak itu, usaha ini telah menggalakan lebih ramai ibu tunggal untuk turut sama dalam penghasilan produk batik.

Pada tahun 2010,  The Batik Boutique beroperasi serta memasarkan produknya di Malaysia dan luar negara. Sejumlah 20 peratus hasil keuntungan organisasi ini disalurkan kepada badan kebajikan teramasuk klinik komuniti yang memberi bantuan kesihatan kepada golongan kurang berkemampuan, program pengurusan kewangan untuk wanita berpendapatan rendah dan pusat literasi English untuk kanak-kanak kurang berkemampuan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply