“Biarlah rahsia, baru gempak”- Mael XPDC

0
Kali terakhir Kupulan XPDC mengadakan konsert, pada tahun 1997.

Kali terakhir Kupulan XPDC mengadakan konsert, pada tahun 1997.

ENGGAN mendedahkan beberapa informasi penting mengenai ‘Konsert Rockestra XPDC-Aku Masih Di Sini’, penyanyi utamanya, Mael menyifatkan sebagai ‘rahsia’ dan strategi untuk menarik peminat setia datang menyaksikan persembahan istimewa mereka yang akan berlangsung di Studium Merdeka pada 6 Jun 2015, jam 8 malam.

“Kalau kami dedahkan semua perancangan konsert kepada media, tak bestnyalah. Tunggulah kejutannya nanti. Kalau semua sudah diberitahu, tak ada kejutan Jadi, buat masa ini biarlah rahsia dahulu, baru gempak sikit.

Nak tahu apa kejutan daripada kami, datang sendiri tengok konsert XPDC,” kata Mael ketika ditemui pada sidang media Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Talent Lounge PJ Trade Centre di sini, pada petang Khamis. Selain Mael, XPDC kini dianggotai  pemain Eddie (bass), Lola (dram) Izu (gitar).

Konsert yang dibawakan khas DuaLaris Event ini bersempena menyambut ulang tahun XPDC yang ke-26 sejak ditubuhkan pada tahun 1989. Konsert berskala besar ini turut dirakam untuk pasaran dalam bentuk digital video disc (dvd).

“Lebih kurang 25 hingga 30 lagu hits XPDC akan berkumandang dengan latar muzik berbeza termasuk iringan bunyi string khas buat peminat XPDC. Kali terakhir kami buat konsert, pada tahun 1997.

Saya akui, ada rasa ‘gegar’ sikit untuk tampil dalam persembahan besar seperti ini, maklumlah sudah lama tak buat konsert berskala besar. Demi menghargai sokongan peminat, kami buang jauh-jauh perasaan gusar itu.

Konsert ini sebagai tanda penghargaan kami kepada semua peminat yang menyokong perjuangan muzik kami. Pendek kata, kerana peminat, aku (XPDC) masih di sini.”

Bakal berlangsung lebih dua jam, tiket dijual pada harga RM95 bermula 14 Mei 2015 hingga 6 Jun 2015. Bagi peminat yang mahu bertemu dengan kumpulan ini dalam satu sesi ramah mesra dalam satu sesi khas, bolehlah mendapatkan tiket VIP berharga RM350 yang hanya dijual dalam kuantiti terhad iaitu 500 keping sahaja.

Tempahan tiket boleh dibuat di semua cawangan Rock Corner Lembah Klang dan di kaunter tiket di Stadium Merdeka pada hari konsert bermula pukul 10 pagi. Pembelian secara online boleh dibuat menerusi tickethotline.com.my. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian, 03-77251177.

Antara lagu popular XPDC termasuklah Hentian Ini, Titian Perjalanan, Semangat Yang Hilang, C.I.N.T.A, ak Nak Jadi Soh Chai, Sampai Bila dan Hairan Bin Ajaib.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply