Biasiswa RM200,000 ribu untuk wanita muda

0
Biasiswa Fair & Lovely

Terbuka kepada semua wanita muda yang sedang menjalani pengajian diperingkat diploma dan ijazah di universiti awam tempatan.

Antara halangan utama yang dihadapi wanita muda dalam usaha mengejar impian mereka ialah masalah kewangan. Menerusi Biasiswa Fair & Lovely pada 2016, 40 wanita muda bertuah telah diberi peluang untuk mengejar impian bagi melanjutkan pelajaran. Tahun ini, Fair & Lovely terus menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000 bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita muda untuk memiliki masa depan yang cerah melalui pendidikan.

Bantuan kewangan yang dilancarkan tahun lalu telah diterima baik dan mendapat sambutan hangat dengan lebih daripada 8,000 wanita muda membuat permohonan untuk biasiswa berkenaan.

Fair & Lovely akan memberi peluang kepada 40 wanita muda dari universiti awam tempatan untuk memenangi biasiswa ini, sekaligus membantu mengurangkan bebanan kewangan mereka. Biasiswa ini terbuka kepada semua wanita muda yang sedang menjalani pengajian diperingkat diploma dan ijazah di universiti awam tempatan. Pemohon mestilah mempunyai CGPA minimum 3.0 dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Kata Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Holdings) Sdn Bhd, Callista Fernandez, pada 2016, Fair & Lovely telah berjaya mencipta platform untuk wanita muda memohon bantuan kewangan bagi membolehkan mereka memburu impian dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan tahun ini meneruskan program biasiswa berkenaan bagi membolehkan lebih ramai wanita yang bersemangat untuk merealisasikan impian mereka.

234349_MALFAIMUCA50GAWV2_1_CTCPermohonan biasiswa boleh dibuat melalui portal rasmi Fair & Lovely di www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/ bermula6 Januari hingga 30 April 2017.

  • Langkah 1: Para pemohon perlu menghantar permohonan mereka berserta dengan sebuah esei atau video pendek tentang kenapa mereka patut menerima biasiswa ini.
  • Langkah 2: Para pemohon perlu membuat undian terhadap universiti mereka. Seramai 40 mahasiswi terbaik akan dipilih daripada tiga universiti yang mengambil bahagian dengan undian tertinggi.
  • Langkah 3: Para pemohon boleh meminta untuk mendapatkan sampel percuma setelah membuat permohonan di portal mikro.

“Komitmen yang berterusan ini bukan sahaja menjadi platform untuk golongan mahasiswi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan mencapai impian mereka, malah turut menjadi bukti sokongan kami kepada mahasiswi dalam usaha mereka untuk membentuk masa depan cemerlang. Biasiswa ini menggalakkan wanita untuk mencapai impian mereka dan tidak menjadikan bebanan kewangan sebagai satu halangan.” tambah Callista.

Maklumat lanjut, layari www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply