Bijak berbelanja, keluarga harmoni

0
•Sebelum keluar berbelanja barang keperluan dapur, buat senarai barang yang perlu dibeli. Gambar hiasan

• Sebelum keluar berbelanja barang keperluan dapur, buat senarai barang yang perlu dibeli. Gambar hiasan

DI sana sini, ramai bercerita mengenai peningkatan kos sara hidup. Harga barang semakin membumbung tinggi, manakala pendapatan tetap sama. Dalam keadaan ini, kita perlu lebih bijak menggunakan wang dan sebagai suri rumah, isteri bertanggungjawab membantu meringankan beban suami dengan cara  berjimat cermat.

Panduan ini mungkin boleh membantu anda menjimatkan wang, pada masa sama dapat hidup selesa tanpa beban hutang.

  • Gunakan periuk tekanan ketika memasak (terutama masakan yang perlu dimasak lama seperti merebus daging dan lain-lain) kerana cara ini terbukti menjimatkan bahan bakar, sekali gus menjimatkan waktu memasak.
  • Jangan masak lauk terlalu berlebihan kerana selain tidak habis dimakan turut membazirkan keperluan lain seperti bawang, minyak dan lain-lain.
  • Jangan buang air bekas cucian beras, sayur dan bahan makanan lain kerana boleh digunakan untuk menyiram tanaman.
  • Gunakan tuala atau kain menggantikan tisu untuk menyapu kotoran seperti minyak, air, kicap dan lain-lain.
  • Masak secara berperingkat supaya perkakas dapur boleh digunakan tanpa perlu kerap dicuci. Misalnya, goreng tauhu dahulu kemudian gunakan kuali dan minyak sama untuk menggoreng ikan atau menumis sayur. Cara ini juga dapat menjimatkan penggunaan minyak dan air.
  • Belanja dapur tidak perlu dilakukan setiap hari untuk menjimatkan masa dan wang perjalanan. Manfaatkan peti sejuk sebaik mungkin untuk penyimpanan makanan, sekurang-kurangnya untuk keperluan tiga hingga lima hari. Elak daripada membiarkan peti sejuk kosong, agar tenaga elektrik tidak dibazirkan begitu sahaja.
  • Sebelum keluar berbelanja barang keperluan dapur, buat senarai barang yang perlu dibeli. Ingat, beli barang yang perlu sahaja dan berbelanja mengikut senarai itu.
  • Bagi  menjimatkan masa dan berbelanja secara berkesan, asingkan senarai keperluan mengikut jenis. Misalnya, sayuran, rempah, susu, ubat-ubatan dan lain-lain.
  • Senaraikan menu untuk seminggu supaya anda dapat mengawal wang yang dikeluarkan untuk membeli barang makanan.
  • Berbelanjalah dengan tenang dan relak. Elakkan daripada berbelanja pada waktu sibuk atau kesuntukkan masa.
  • Makanan yang berlebihan boleh dijadikan masakan lain seperti lebihan ikan goreng boleh dibuat sambal tumis, masak kicap dan lain-lain.

 

 

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply