Thursday, Feb 22, 2018
HomeBeritaBudak maut jatuh balkoni

Budak maut jatuh balkoni

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 kuarters kakitangan awam 5R2, Presint 5 di sini, tengah malam tadi.

Advertisements

Mangsa dikenali Megat Arif Hussein Megat Irwan ditemui tidak sedarkan diri selepas jatuh dari tingkat 13 kuarters berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.

Difahamkan, mangsa sedang tidur seorang diri di dalam bilik, manakala bapanya turun ke tempat letak kereta untuk mengambil ibunya yang berkerusi roda.

Mangsa dikatakan terjaga ketika itu dan ke balkoni berkenaan sebelum terjatuh.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum menjalani proses bedah siasat di hospital sama pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.-myMetro

comments

FOLLOW US ON:
Kepimpinan baharu ma
Percutian mengasyikk

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja