Busana raya sentuhan Amin Jauhary

0
Amin Jauhary tampil dengan pilihan busana raya ready to wear.

Amin Jauhary tampil dengan pilihan busana raya ready to wear.

RAMADAN dan Syawal tiba lagi. Selepas sebulan berpuasa, tiba masanya merai hari kemenangan. Sama seperti kebanyakan pereka fesyen lain, Amin Jauhary yang berpengalaman 13 tahun dalam perniagaan pakaian ready to wear tidak terkecuali melancarkan koleksi pakaian raya terbaharunya berkonsepkan kontemporari dan sesuai untuk wanita berhijab.

Mengambil tema color blocking, emas, biru, jingga, hijau serindit, merah, rekaan ringkas dan praktikal menjadi pilihan Amin untuk dijadikan sebahagian daripada koleksi busana raya kepada penggemar rekaannya.

Jadi, jika anda ingin tampil dengan bergaya dan manis memikat pada pagi lebaran, jangan lupa dapatkan koleksi busana raya Amin Jauhary  yang ditawarkan pada harga: RM199.90 – RM799.90 dan boleh didapati di Parkson, KLCC, Parkson, Pavilion, Parkson, One Utama dan Parkson, Alamanda.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply