Butik Dressing Paula kini di Mid Valley

0
Pembukaan butik dan pelancaran koleksi musim bunga/panas 2015 ini disifatkan satu kebetulan yang sempurna.

Pembukaan butik dan pelancaran koleksi musim bunga/panas 2015 ini disifatkan satu kebetulan yang sempurna.

JENAMA pakaian dan aksesori wanita, Dressing Paula melancarkan butik cawangan terbarunya di tingkat 1 Mid Valley  Megamall, Kuala Lumpur. Ketua Bahagian Merchandise, Kay Chow, berkata, pembukaan ini mendorong jenama Dressing Paula ke barisan hadapan dalam arena fesyen di Lembah Klang. Pembukaan cawangan ini juga bersempena pelancaran koleksi musim bunga/panas 2015.

Koleksi ini menampilkan potongan klasik dengan sentuhan moden, seiring slogan Dressing Paula iaitu ‘Women before clothes’. Himpunan ini menggabungkan pakain ruji dengan rekaan dan warna minimalis, koleksi ini dilihat turut menggunakan fabrik seperti jacquard, sutera, neoprene, sifon, jaring, tweed dan elemen satin dengan warna asas pastel, nude, kelabu, putih dan biru gelap.

Bertemakan musim bunga, ciri-ciri koleksi terkini Dressing Paula menampilkan corak flora timbul, paisley dan strok berus abstrak. Bagi gaya edgy, koleksi ini juga menggabungkan petak geometri dan cetakan tipografi metalik.

Busana utama daripada koleksi ini termasuk pakaian klasik flora yang disuai padan untuk tampil sesuai waktu kerja atau kasual. Ini termasuk gaun A-line dan skirt dalam kedua-dua cetakan bunga dan cetakan berimpak lebih berani dengan potongan feminin sesuai untuk semua bentuk badan.

Koleksi ini termasuk jaket serta top potongan lurus yang sesuai dengan skirt A-line atau seluar, kemeja sifon berkolar, gaun simetri, skirt A-line berlisu dengan bunga timbul, gaun panjang berlisu dan seluar pendek jacquard.

Antara himpunan musim bunga/panas 2015 Dressing Paula.

Antara himpunan musim bunga/panas 2015 Dressing Paula.

Koleksi ini bermula dari harga RM59.90 hingga RM189.90. Pengunjung yang datang ke butik baru ini pada hari pembukaannya dapat menikmati diskaun 20 peratus dan barangan terpilih pada harga istimewa.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply