Cabaran SHAYLANISTA 2.0 kini kembali!

0
Lima pemenang musim ini akan ke New Zealand ditemani selebriti bertudung tanah air, Fara Fauzana.

Lima pemenang musim ini akan ke New Zealand ditemani selebriti bertudung tanah air, Fara Fauzana.

Wow! Pencarian lima pemenang untuk ke cabaran Skydiving di New Zealand menanti dalam cabaran Shaylanista musim kedua. Lanjutan daripada kejayaan musim pertama, peraduan Cabaran Shaylanista 2.0 kembali dengan lebih hebat berbanding sebelumnya.

Dibawa khas SAFI SHAYLA, jenama rangkaian syampu khusus buat wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda. Cabaran Shaylanista 2.0 dengan tema “Tiada Batasan, Serlahkan Diri”, lima hadiah utama menjadi rebutan iaitu, pengalaman Skydiving dan mendaki jambatan Harbour di Auckland yang mencabar. Ini pastinya menjadi pengalaman yang tidak ternilai dan mimpi menjadi kenyataan bagi wanita yang menggemari aktiviti lasak dan penuh cabaran.

Pengurus Kanan Produk SAFI, Nor Aziani Azizan, berkata, musim pertama Cabaran Shaylanista mendapat sambutan cukup menggalakkan.

“Menyedari semangat peserta dalam membuktikan kehebatan seorang muslimah yang berbakat serta mendukung jati diri unggul pada musi lalu, SAFI SHAYLA dengan bangganya membuka lembaran baharu Cabaran Shaylanista 2.0 dengan mengumumkan mekanisme peraduan lebih menarik dan unik. Selain daripada cabaran ekstrem, lima pemenang musim ini akan ke New Zealand ditemani selebriti bertudung tanah air, Fara Fauzana”

Katanya lagi, Fara Fauzana adalah pesona wanita bertudung yang menawan serta sukakan cabaran. Sikap rendah diri, namun, penuh dengan ketegasan setiasa ditonjolkan dalam perilakunya sebagai seorang muslimah.

“Keperibadiannya yang cekap di lapangan kerjaya, pada masa sama kelihatan manis dan ceria menjadikan dirinya ikon paling sesuai untuk bersama kami dalam cabaran ini. Beliaulah adalah contoh Shaylanista sebenar.”

Bermula Oktober ini
Cabaran Shaylanista 2.0 bermula 1 Oktober 2015 hingga 31 Januari 2016. Sepanjang empat bulan berlangsung, 30 finalis pada setiap bulan akan merebut tempat pertama pada bulan berkenaan.

Pemenang ke-5 pula adalah finalis yang berjaya mengungguli masa terpantas sepanjang musim ini mengalahkan 116 peserta lain. Pertandingan ini berlangsung di Skytex Adventure Shah Alam dan  Escape Play, Pulau Pinang secara berselang-seli.

Cara penyertaan:
a. Beli satu (1) produk SAFI Shayla dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) resit tunggal pembelian SAFI Shayla yang turut serta layak untuk satu (1) penyertaan SMS ATAU satu (1) penyertaan e-mel.

b. Maksimum sepuluh (10) penyertaan SMS dan/atau e-mel layak setiap bulan.

c. Hantar penyertaan melalui;-
a. SMS
i. Taip SHAYLANISTA<jarak>(tarikh resit HHBBTT)<jarak>(amaun resit RM00.00)<jarak>(no kad pengenalan)<jarak>(nama)<jarak>(nama kedai mengikut resit) dan SMS ke 36266

Contoh: SHAYLANISTA 151015 RM10.90 910909145168 Mira Aziz Watsons dan     SMS ke 36266

ATAU

b. E-mel

i. Hantar e-mel ke cabaran@wipro-unza.com dengan butiran-butiran wajib berikut:  Nama seperti KP, nombor KP, nombor telefon bimbit, tarikh resit, amaun resit, dan  nama kedai mengikut resit.

d.  Simpan semua resit bercetak asal yang sepadan dengan SEMUA penyertaan SMS dan/atau e-mel. Hanya resit bercetak sah/ asal (termasuk e-resit bercetak daripada pembelian dalam talian) yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan nama pasar raya/ kedai dan butiran produk SAFI Shayla yang turut serta yang jelas akan diterima.

Cara penyertaan melalui laman web radio Hot fm;-
a) Layari laman web www.hotfm.com.my dan kongsikan cabaran lasak yang paling mengujakan.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Inilah masanya untuk serlahkan bakat dan kebolehan diri anda dengan SAFI SHAYLA, rangkaian penjagaan mahkota muslimah khusus buat wanita bertudung.

Maklumat lanjut mengenai Cabaran Shaylanista 2.0, layari laman facebook rasmi SAFI  www.facebook.com/safi.my  atau laman instagram SAFI, @SAFIMALAYSIA pernah anda tempuhi.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply