Cara mudah bakar kalori

0
Berjalan 45 minit tanpa henti sekitar pusat beli-belah sangat berkesan untuk membakar 90 kalori dalam tubuh. Hebat, bukan! Gambar hiasan.

Berjalan 45 minit tanpa henti sekitar pusat beli-belah sangat berkesan untuk membakar 90 kalori dalam tubuh. Hebat, bukan! Gambar hiasan.

KELUHAN dan rungutan ini mungkin biasa kita dengar, antaranya seperti baju yang biasa dipakai menjadi ketat dan sendat, perut tidak lagi rata (buncit) atau muka kelihatan lebar. Ini petanda berat tubuh telah naik tanpda disedari. Ya, pengambilan makanan  berlebihan setiap hari dan tidak diimbangi olahraga atau senaman mencukupi boleh membuat tubuh kita semakin kembang.

Cara terbaik, murah dan mudah untuk menyingkirkan timbunan lemak degil di dalam tubuh adalah dengan berolahraga. Sebenarnya, banyak cara boleh dilakukan untuk membakar sedikit demi sedikit timbunan lemak dan kalori di dalam tubuh anda.

Jika anda sentiasa sibuk dan mengejar masa, masih ada cara lain untuk membakar kalori. Antara, anda boleh lakukan kegiatan berikut;

Membeli-belah
Kegiatan membeli-belah menjadi kesukaan hampir semua wanita, mungkin juga anda. Wanita mana yang tidak teruja mengunjungi pusat membeli-belah yang menawarkan jualan murah?

Selain memenuhi keinginan membeli apa-apa yang diingini atau sekadar mencuci mata, kegiatan ini boleh membantu membakar kalori. Berjalan 45 minit tanpa henti sekitar pusat beli-belah sangat berkesan untuk membakar 90 kalori dalam tubuh. Hebat, bukan!

Mengemas rumah
Meluangkan waktu untuk mengemas rumah pada hujung minggu, bukan sahaja membuat anda lebih akrab dengan tempat tinggal, malah dapat membantu membakar 450 kalori. Wow!

Menari
Anda suka menari? Bagus! Anda telah berjaya membakar 230 kalori dalam masa kurang daripada satu jam. Gerakan dalam tarian yang penuh bertenaga dapat membantu nda mengurangkan kalori di dalam tubuh.

Berasmara
Sttt…! Cara ini hanya untuk pasangan suami isteri sahaja! Setiap kali anda melakukan hubungan kelamin, boleh menyingkirkan 65 kalori. “Hmmm… Jom sayang!”

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply