Catatan IPU tidak sihat di lima kawasan

0

LIMA kawasan iaitu Nilai, Seremban, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Putrajaya mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan ini mencatat IPU melebihi 100 dengan Nilai mencatat bacaan (116), Seremban (104), Kuala Selangor (106), Pelabuhan Klang (154) dan Putrajaya (115).

Terdapat 26 kawasan yang mencatat bacaan sederhana antaranya Muar (86), Tanah Merah (53), Seri Aman (70) dan Paka (52) manakala 19 kawasan mencatat IPU baik seperti Kota Tinggi (32), Jerantut (36), Kuching (28) dan Wilayah Persekutuan Labuan (49).

 IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

JAS juga menyebut menjelang lewat tengah hari atau awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan.

Orang ramai boleh merujuk ke portal http://apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply