Monday, Oct 15, 2018
HomeBeritaCemburu-suami pukul dan bakar isteri

Cemburu-suami pukul dan bakar isteri

Gara-gara cemburu selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan petrol sebelum membakar wanita itu.
 
Dalam kejadian 11.30 pagi semalam di luar rumah mangsa di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, wanita berumur 30 tahun itu  melecur di muka dan kedua-dua tangan dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Advertisements

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Idris Rafar berkata sebelum kejadian, mangsa juga dipukul dan ditampar suaminya sebelum bertindak mencurah petrol dan membakar isterinya itu.

“Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kedatangan anggota keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta tampil membantu siasatan, katanya. – (Bernama)

comments

FOLLOW US ON:
Hanez tidak sanggup
Che Ta mengandung?

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja