Cita rasa baharu bersama Lipton

0

BERSEMPENA permulaan kempen LIPTON – “A New Twist to Your LIPTON Moments” di Malaysia. Kempen ini memperkenalkan konsep baru dan menarik di dalam meniman teh dengan menyajikan cara penyediaan baru uncang teh dengan bahan mudah yang ada di sekeliling kita – menjadikan teh satu minuman panas dan sejuk yang menarik dan menyegarkan untuk apa-apa jua hari dan acara.

Ada tujuh resipi teh diperkenalkan sepanjang Tea Twist dan dalam setiap episod, Chef Nik memadankan minuman teh yang menarik dengan sajian utama atau hidangan pencuci mulut. Selain dua resipi memasak menggunakan teh yang memberi pandangan baru pada teh dalam dunia masakan.

Tujuh minuman teh yang dikongsikan Chef Nik, Paradise Sunrise, Teh Ais Sparkle, Teh Serai Madu (panas dan sejuk), Mo-Tea-To, Lovely Berries dan Teh Latte Halia Earl Grey.

“Teh adalah sejenis minuman yang sangat sesuai dan fleksibel. Memang mengagumkan bagaimana teh mampu diadun sempurna dengan pelbagai perasa dan rempah hebat terutama rempah-ratus dan herba yang biasa digunakan masyarakat Asia. Setiap rempah, herba dan buah-buahan mencetuskan satu pengalaman berbeza. Saya juga seronok melakukan pelbagai percubaan bersama pasukan Lipton dan saya harap penonton mendapat ilham untuk menceriakan hari mereka dengan cara baru menikmati teh,” kata Chef Nik ketika ditemui dalam majlis ini.

Chef Nik Michael bersama tujuh variasi rasa teh Lipton

Resipi istimewa Chef Nik Michael
Lebih menarik, episod setengah jam Tea Twist menampilkan Chef Nik yang mengetengahkan kreativiti dan inspirasinya dalam menyajikan cara penyediaan baru uncang teh LIPTON YELLOW LABEL dengan pelbagai minuman teh sesuai untuk sebarang detik dan acara sosial.

Siri enam bahagian ini ditayangkan kepada penonton AFC di seluruh Asia di 12 wilayah berbeza. Penonton di Malaysia boleh menonton Penerbitan Asal AFC ini di seluruh negara di Saluran 703 Astro.

Chef+Nik+1

Sepanjang program, penonton dipersembahkan dengan bakat kulinari Chef Nik serta menyaksikan kehidupannya yang penuh keseronokan, jauh dari dapur. Keluarga dan temannya turut menyertai sewaktu menghasilkan resipi minuman teh yang menarik dan makanan enak untuk dinikmati.

“Kami mahu menunjukkan bagaimana versatil dan menariknya teh. Kami begitu teruja bekerjasama dengan AFC dan chef Malaysia yang berbakat yang semakin mencipta nama, Nik Michael Imran. Lipton mahu membawakan sesuatu yang positif dan detik yang membangkitkan semangat kepada pengguna menerusi teh ini, sekali gus menceriakan hari setiap pengguna kami. Kami berharap pengguna akan mencuba resipi teh baru yang menyegarkan dalam Tea Twist,” kata Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura, Rakesh Mohan.

Lipton turut mengadakan aktiviti pensampelan di pasar raya besar dan pasar raya terpilih untuk membawakan pengalaman teh yang baru ini. Pelbagai aktiviti menarik yang lain juga dirancang sempena kempen ini tidak lama lagi.

Saksikan tayangan Tea Twist eksklusif di Asian Food Channel, Jumaat 18 Oktober pada jam 9.30 malam di channel 703 Astro. Pengguna juga boleh mendapatkan resipi di facebook Lipton di www.facebook.com/LIPTON atau di www.asianfoodchannel.com/teatwist.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply