Monday, May 21, 2018
HomeBeritaCoklat Cadbury ada DNA babi

Coklat Cadbury ada DNA babi

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

 

KUALA LUMPUR – Dua sampel produk coklat jenama Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dikesan Kementerian Kesihatan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Advertisements

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah melakukan analisis DNA babi pada tiga sampel coklat Cadbury untuk tujuan pemantauan baru-baru ini.

“Keputusan analisis mendapati sampel Cadbury Dairy Milk Hazelnut bernombor kelompok 200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015 dikesan mengandungi DNA babi,

“Satu lagi sampel coklat iaitu Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak dikesan mengandungi DNA tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, pengeluar coklat terbabit, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan menarik balik produk-produk tersebut daripada pasaran dengan kadar segera.

“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya,” katanya.

Pengguna boleh mengemukakan sebarang soalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq. – Kosmo!Online

comments

FOLLOW US ON:
Malaysia gagal meran
Shahir AF8 sedang ra

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja