Creme Brulee

0
Rasanya yang lemak berkrim membuat manisan Creme Brulee digemari ramai. Gambar hiasan

Rasanya yang lemak berkrim membuat manisan Creme Brulee digemari ramai. Gambar hiasan

SAJIAN Creme Brulee semakin mendapat tempat di majlis keraian mahupun sekadar minum petang bersama keluarga tersayang. Bahan dan cara membuatnya mudah sahaja, boleh dihidangkan pada bila-bila masa. Rasanya yang lemak berkrim pasti menambat hati keluarga anda, jadi apa kata cuba sendiri di rumah.

Bahan:
(Jumlah hidangan: 6 remekin)
4 cawan whipping cream
1 camca teh esen vanila
6 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
½ cawan gula perang halus
Air panas secukupnya
Gula secukupnya untuk ditabur di atas creme brulee

Rasanya yang lemak berkrim membuat manisan Creme Brulee digemari ramai. Gambar hiasan

Rasanya yang lemak berkrim membuat manisan Creme Brulee digemari ramai. Gambar hiasan

Cara-cara:
1. Susun remekin di dalam loyang. Ke tepikan.
2. Di dalam periuk, masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan esen vanila. Ke tepikan.
3. Di dalam mangkuk, campur kuning telur dan gula. Pukul sehingga sebati, tetapi jangan sampai berbuih.
4. Bubuh bancuhan whipping cream ke dalam adunan telur, sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Tapis adunan dan tuang ke dalam jug.
5. Tuang adunan ke dalam remekin hingga ¾ bahagian.
6. Bakar adunan creme brulee pada suhu 170ºC, 15 minit atau sehingga masak.
7. Selepas creme brulee sejuk, taburkan gula di atasnya dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar menggunakan api atas sahaja sehingga gula menjadi keperang-perangan atau boleh gunakan blow torch dengan api sederhana.
8. Anda boleh hias creme brulee dengan hirisan strawberri atau dimakan begitu sahaja. Enak disajikan ketika sejuk.

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui ruang mesej facebook/inspirasie-magazine-online atau emel inspirasimagazine@gmail.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply