Daun lidah buaya sembuhkan kulit melecur

1
Lidah buaya kaya khasiat perubatan dan kecantikan. Gambar hiasan.

Lidah buaya kaya khasiat perubatan dan kecantikan. Gambar hiasan.

DAUN lidah buaya bersifat tidak bertoksik dan banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional termasuk China, Jepun, dan India. Selain mampu menyembuhkan luka, keberkesanan penggunaannya dalam bidang rawatan kecantikan tidak boleh dinafikan.

Ekstrak lidah buaya mempunyai enzim yang mampu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit kulit.

Kajian di Afrika Selatan menunjukkan polisakarida yang terkandung di dalam daun lidah buaya memberi kesan biologikal termasuk penyembuhan luka, aktiviti antikulat, antidiabetik dan antikeradangan.

Kandungan aloectin B dalam daun lidah buaya menstimulasi sistem imun dan menjadi bahan terbaik untuk menyembuhkan luka terbakar. Selain itu, sejenis bahan lain dalam daun lidah buaya iaitu szponin juga mempunyai kemampuan sebagai pembersih dan antiseptik yang menjadikan gelnya (lendir) sangat efektif untuk mengubati luka terbakar.

Lendirnya sangat efektif untuk mengubati luka terbakar.

Lendirnya sangat efektif untuk mengubati luka terbakar. Gambar hiasan.

Bahan selulosa dalam gel daun lidah buaya juga mampu menembus dan meresap ke dalam kulit dan menghalang cairan tubuh pada wajah yang mengakibatkan berlaku kulit kering.

Kandungan lignin di dalam daun lidah buaya juga mampu tembus dan meresap ke dalam kulit sekali gus berkesan mengubati luka. Di negara Arab, masyarakatnya menggunakan daun lidah Buaya untuk menyembuhkan bekas luka. Luka yang telah kering akan disapukan dengan lendir daun lidah buaya agar tidak berparut.

Jadi, jika kluit anda melecur terkena api, jangan panik! Anda boleh merawatnya dengan segera menggunakan lendir daun lidah buaya. Caranya, ambil sehelai daun lidah buah. Buang kulit dan ambil lendirnya. Sapukan lendir daun lidah buaya itu pada kulit yang melecur tadi. InsyaAllah, kulit anda akan sembuh dan tidak berparut.

Tumbuhan ini juga mengelakkan kulit daripada menjadi kering kerana mampu mengawal kehilangan air di dalam tubuh. Penggunaan lendir daun lidah buaya pada kulit secara berterusan menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut. Selamat mencuba.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

1 Comment

  1. Daun lidah buaya atau aloe vera memang mempunyai khasiat yang hebat untuk melegakan radang dan parut pada luka yang melecur. Cuma penggunaaannya tidak sesuai sekiranya luka melecur itu dijangkiti kuman seperti berair atau bernanah. Nice info.

Leave A Reply