“Dia jodohku…?”

0
Hmmm…Pasti anda bingung memikirkan sama ada dia serius mahu anda menjadi pasangan hidupnya

Hmmm…Pasti anda bingung memikirkan sama ada dia serius mahu anda menjadi pasangan hidupnya.

ANDA berasa serasi dan bahagia apabila bersamanya (pasangan). Anda berasa selamat, selesa dan sempurna apabila dia berada di sisi anda, namun, apakah si dia juga berperasaan sama? Mungkinkah dia hanya menganggap anda hanya ‘kerusi cadangan’, bukan calon isteri atau suami.

Hmmm…Pasti anda bingung memikirkan sama ada dia serius mahu anda menjadi pasangan hidupnya, apatah lagi keluarga saling mengenali? Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda mengenal pasti apakah dia jodoh anda.

1. Menghargai
Sikap dan perilakunya boleh memberi petanda apakah dia mahu menjalinkan hubungan serius dengan anda atau sekadar teman biasa. Misalnya, dia sentiasa menghargai pendapat anda dan ikhlas apabila memberi bantuan. Jangan risau, lelaki gentleman akan berkata jujur jika dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan serius.

2. Keutamaan
Lelaki sangat menjaga hubungan persahabatan dan seringkali mementingkan sahabat daripada kekasih, tetapi, jika dia banyak meluangkan waktu bersama anda berbanding temannya, ini petanda baik.

Jika dia seorang yang pendiam, jangan berkecil hati kerana ini bukan bererti dia tidak prihatin kepada anda.

Jika dia seorang yang pendiam, jangan berkecil hati kerana ini bukan bererti dia tidak prihatin kepada anda.

3. Menjadi diri sendiri
Pada peringkat awal hubungan, dia kelihatan sempurna. Misalnya, dia sentiasa memastikan wajah atau pakaiannya bersih, kemas dan wangi setiap kali bertemu anda, tetapi sekian lama menjalinkan hubungan, penampilannya ala kadar malah sekali sekala dia ‘berani’ berselipar Jepun. Jangan cepat berprasangka buruk, jika sikapnya tidak berubah iaitu masih baik, perhatian dan sopan kepada anda. Ini bererti dia berasa lebih selesa bersama anda kerana boleh menjadi diri sendiri. Paling penting, dia tidak perlu berpura-pura dan sentiasa bersikap jujur kepada anda.

4. Terbuka
Sebenarnya, lelaki juga berasa bahagia jika dapat berada di sisi anda. Apatah lagi jika anda boleh diajak bercerita mengenai impian dan kebimbangannya dalam hidup ini. Ini tandanya dia sangat mempercayai anda dan bersikap terbuka dalam hubungan. Jika dia seorang yang pendiam, jangan berkecil hati kerana ini bukan bererti dia tidak prihatin kepada anda. Tiada salahnya anda terlebih dulu menonjolkan sikap sebenar, pasti lama-kelamaan dia berubah.

5. Kongsi impian
Kepada siapa anda selalu berkongsi cerita suka dan duka? Pasti dengan orang yang anda percaya atau cintai. Begitu juga dia, jika dia selalu membabitkan anda dalam perbincangan masa depan atau mula berbicara mengenai keluarga, tinggal bersama atau bercuti, ini menunjukkan dia mempunyai rancangan ke arah hubungan lebih serius.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply