Diari Wanita sarat mesej dan menghiburkan

0
Lakonan Amy Mastura (Keponakan Anggun) dan Sherry Al-Hadad (Nyonya) cukup berkesan serta mencuit hati.

Lakonan Amy Mastura (Keponakan Anggun) dan Sherry Al-Hadad (Nyonya) cukup berkesan serta mencuit hati.

BIARPUN telah empat kali dipentaskan di Istana Budaya, teater Diari Wanita tidak pernah membosankan. Kali ini, Nyonya menampilkan kelainan daripada segi watak utama yang dipegang pelakon dan pengacara Sherry AlHadad.

Bagi peminat teater, kemampuan Sherry dalam bidang teaterĀ  pasti tidak perlu dipertikaikan apabila setiap kali kemunculannya di pentas mengamatkan keadaan dewan Panggung Sari. Tidak kurang hebat juga pelakon-pelakon lain seperti Amy Mastura, Juhara Ayob dan Zera Haris yang mengundang gelak tawa penonton.

Teater ini meskipun dipersembahkan dalam mood santai, tetapi sarat dengan emosi. Mengetengahkan mesej kekeluargaan, konflik, lucu serta penggunaan dialog yang sarkastik menjadi rencah terbaik yang digaulkan sebati menghasilkan hidangan terbaik buat penonton. Misalnya beberapa menarik yang mencuit hati, termasuk dalam segmen Nyonya yang memaparkan aksi Keponakan Anggun lakonan Amy Mastura menggunakan pisau untuk mengugut Nyonya.

Amy turut menikam beberapa kali perut Sherry menggunakan pisau tetapi tidak tembus. Satu lagi menampilkan aksi Amy, Juhara Ayob (Keponakan Beautiful), dan Zera Hariz (Keponakan Cantik) yang bermain dengan tiga bilah pisau untuk mengugut Nyonya bagi mendapatkan wang peninggalan datuk mereka.

Gelagat mereka dalam babak itu cukup mencuit hati walaupun ada penonton yang ‘seriu’ melihat pisau dihayun ke sana sini. Berkisarkan mengenai perjuangan wanita di dua negara yang terpaksa berhadapan dengan laluan hidup yang sukar kerana cabaran tertentu. Usaha produksi CTRA Production menggunakan latar set dan prob yang sangat menarik harus dipuji kerana berjaya membuatĀ  penonton tidak bosan sepanjang persembahan.

YB dan Nyonya
Selain memaparkan pergolakan kisah hidup Nyonya, teater berdurasi tiga jam itu turut memaparkan kisah kehidupan seorang YB (Yang Berhormat) yang dilakonkan Dayang Kartini Awang Bujang. Manakala pelakon berbakat Nad Zainal tampil penuh yakin membawa watak Setiausaha YB yang memerlukannya banyak bermonolog.

Teater Diari Wanita Episod YB & Nyonya yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan ini dibintangi Sherry AlHadad, Amy Mastura, Nad Zainal, Juhara Ayob, Zera Hariz, Shahrul Mizad dan Dayang Kartini. Manakala penyanyi Misha Omar akan membawakan watak Keponakan Cantik menggantikan Zera Hariz bermula pada 13 hingga 16 Februari 2015.

Naskhah Nyonya karya penulis Indonesia, Wisran Hadi manakala, Kak Ani karya baru yang ditulis Rosminah Tahir yang mengangkat peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Harga Tiket RM35, RM55, RM85, RM105 & RM155 boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedtix.com. Keterangan lanjut boleh menghubungi 017-8716060/012-2977220/017-2004249/03-61866592.

Kredit foto: Istana Budaya

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply