Saturday, Aug 18, 2018
HomeTip SihatDiet seimbang elak stres

Diet seimbang elak stres

Gambar hiasan

AMALAN diet seimbang dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan juga boleh memberi kesan pada semua organ serta fungsi tubuh.

Advertisements

Apabila kita mengamalkan pengambilan diet seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan selain memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. [private levels=”free”]

Pemakanan dan Stres
1. Stres boleh menyebabkan kehilangan/ pengurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium.
2. Ketika stres, kita akan bertendensi untuk;

  • mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
  • melangkau waktu makan utama terutama sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta bertendensi untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
  • mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.
  • mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan.
  • mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan.

Makanan yang membantu mengurangkan stres;
Diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres. Kepelbagaian dan diet seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.

  • Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut kaya Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin, hormon yang memberi rasa kegembiraan. Zink antara komponen diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan untuk menghalang penyakit disebabkan stres seperti penyakit jantung.
  • Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin. Ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, antara sumber makanan yang tinggi Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
  • Susu kaya antioksidan dan mengandungi kalsium tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan stres.
  • Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C dan masalah gusi berdarah.
  • Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh kaya Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
  • Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tinggi antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik antaranya betik, bayam dan zaitun manakala makanan tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
  • Aprikot kering kaya dengan magnesium dan berkhasiat membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.

 

Sumber: www.myhealth.gov.my [/private]

comments

Aura fesyen Dian Pel
Kek Coklat

inspirasimagazine@gmail.com

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja