Sunday, Dec 9, 2018
HomeSelebritiDoa Siti Nurhaliza Untuk Sairah

Doa Siti Nurhaliza Untuk Sairah

Walau digenggam kuat, andai bukan milik kita, tetap juga terlepas. Begitulah  urusan jodoh dan pertemuan yang menjadi rahsia Allah. Ya, tiada pasangan berkahwin yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian. Sayangnya, tiada siapa mampu menepis ketentuan takdir-Nya.

Advertisements

Misalnya, baru-baru ini tersebar spekulasi kononnya adik kepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Sairah dikatakan telah bercerai dengan suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober 2014 di mahkamah di Kuantan.

Walaupun Sairah hingga kini belum memberi sebarang penjelasan mengenai berita yang tersebar itu, namun catatan terima kasihnya kepada yang mendoakan serta memberi semangat di atas apa yang terjadi dimuat naik di laman Instagram miliknya seolah-olah memberi gambaran mengenai berita yang kini menjadi perhatian ramai.

Netizen tersentuh

Tulisan Siti di laman Instagramnya turut mendapat reaksi netizen, sebagai kakak, pastinya dia tersentuh hati atas apa yang berlaku. Menerusi  laman Instagramnya,  penyanyi tersohor negara ini turut mengirimkan kata-kata semangat buat adiknya itu.

“Bismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah, inshaAllah semuanya Tenang.. #bestrong #sister #hatiwanita.

Kami juga turut mendoakan semoga Siti Sairah tabah menghadapi dugaan besar ini dan terus diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan bersama tiga anaknya iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2, dan Ahmad Aisy, 10 bulan.

comments

FOLLOW US ON:
Spekulasi Serai Tala
Kerana Terluka, Kini

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja