Dua pelajar maut, dua parah

0

SERIAN: Dua pelajar lelaki maut dan dua parah apabila PROTON Satria yang dinaiki mereka melanggar tembok jambatan di KM54 Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kenderaan yang dinaiki empat sahabat yang berasal dari Bintulu itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok jambatan.

Dua yang maut ialah penumpang depan Abu Hanifah Abdul Jalil,20 dari Taman Bukit Orang, Bintulu dan Mohd Hafiz Waslee, 20 dari Taman Chin Lee, Bintulu.

Dua penumpang yang parah ialah pemandu kenderaan dipercayai berusia lingkungan 20-an tiada pengenalan diri dan penumpang belakang Mohamad Ikmal Hisyam Andara, 20 dari Bekenu, Sibuti.

Tiga yang ada pengenalan diri ialah pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Polis masih mengesan seorang lagi identiti mangsa. – Harian Metro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply