Dugrostar cungkil bakat kanak-kanak

0
Program Dugrostar dilihat sebagai platform dan cara terbaik untuk memupuk kreativiti dan bakat anak pada usia mereka mempunyai sifat ingin tahu serta berminat menyerap idea serta pengalaman baharu.

Program Dugrostar dilihat sebagai platform dan cara terbaik untuk memupuk kreativiti dan bakat anak pada usia mereka mempunyai sifat ingin tahu serta berminat menyerap idea serta pengalaman baharu.

SETIAP kanak-kanak dikurniakan bakat tersendiri, mereka mempunyai potensi untuk menjadi bintang. Pakar perkembangan di seluruh dunia percaya bahawa memupuk kanak-kanak dari tahun awal mereka adalah penting. Sebagai contoh, buku Facts for Life yang diterbitkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama pertubuhan global lain menyatakan, proses pembelajaran kanak-kanak sangat cepat ketika mereka masih kecil.

Justeru, sangat penting untuk memupuk bakat dan kreativiti mereka dari usia muda ketika mereka paling berminat untuk menyerap idea dan pengalaman baru.

Bagi memberi platform lebih selamat kepada ibu bapa untuk meraikan bakat si kecil dengan orang ramai, syarikat pengeluar susu Dugro, Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd. menganjurkan program Dugrostar.

Menerusi ini, anak kecil diberi peluang menjadi bintang menerusi rakaman seni persembahan. Seni persembahan ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu persembahan nyanyian, tarian dan bermain alat muzik.

Penyertaan juga akan dikelaskan mengikut dua kategori umur iaitu kategori kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, manakala kategori kedua untuk usia enam hingga 10 tahun.

Pengarah Pemasarannya, Monique Suryokusumo berkata, program ini diadakan selepas melihat trend perkongsian rakaman video bakat si kecil di laman sosial. Selain didorong beberapa kajian yang dilakukan pakar kanak-kanak di seluruh dunia yang bersetuju dan percaya, bakat anak-anak perlu dipupuk ketika mereka masih kecil.

“Kini, ramai ibu bapa suka berkongsi rakaman video anak mereka di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube. Lebih menarik, aksi si manja itu turut menjadi viral kerana keletah comel mereka.

Kami memilih untuk  menumpukan pada seni persembahan kerana ini wadah penting bagi kanak-kanak meluahkan perasaan mereka secara kreatif. Selain itu, penyelidikan juga menunjukkan,seni persembahan boleh membina keyakinan, disiplin dan motivasi diri hingga dapat membantu meningkatkan keupayaan bahasa, penghafalan serta penyelesaian masalah.

Jadi, kami yakin program Dugrostar ini adalah platform dan cara terbaik untuk memupuk kreativiti dan bakat anak pada usia mereka mempunyai sifat ingin tahu serta berminat menyerap idea serta pengalaman baharu.

Dengan cara ini, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak supaya mereka menanam impian yang besar dan menunjukkan kepada kami kemampuan mereka. Kami mempelawa semua ibu bapa mengambil peluang ini untuk meraikan bakat anak mereka dan berkongsinya dengan orang ramai,” jelas Monique Suryokusumo, ketika pelancaran Dugrostar di Kidzania, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Turut menyerikan pelancaran Dugrostar™ ialah beberapa ahli panel juri dan penasihat kempen yang terdiri daripada pakar kanak-kanak serta profesional seni persembahan seperti Pakar Psikologi Perkembangan dan Pensyarah di Jabatan Psikologi di Universiti Sunway, Elaine Yong; Pengarah Institut Sumber Kanak-kanak Malaysia dan Pakar Perkembangan Kanak-kanak, Ruth Liew;  Kolumnis, Penulis Buku Terlaris, Perunding Keibubapaan, Zaid Mohamad dan Pengamal Teater, Pendidik dan Pengetua Blubricks, pusat pertuturan dan drama, Az’farr Baginda..

Program Dugrostar menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM200,000.

Penyertaan
Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar menerusi tiga pilihan iaitu memuat naik rakaman video persembahan si kecil di laman web www.dugro.com.my atau datang ke siri jelajah di 43 kawasan terpilih untuk rakaman secara langsung di Gerai Rakaman Dugrostar.

Penyertaan Dugrostar percuma tanpa memerlukan bukti pembelian. Kanak-kanak boleh menikmati koleksi eksklusif barangan Dugrostar dengan pembelian susu formula Dugro 900 gram dalam tempoh kempen. Antara barangan eksklusif termasuk beg piano atau gitar, jaket dan jam tangan.

Ibu bapa juga boleh menyerahkan atau menghantar borang pendaftaran lengkap dengan menyertakan rakaman persembahan di alamat dinyatakan pada borang penyertaan. Program ini turut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM200,000.

Seramai 280 finalis muda akan disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya yang membabitkan persembahan langsung di tujuh pusat beli-belah di tujuh negeri iaitu Sabah, Serawak, Melaka, Penang, Selangor, Kelantan dan Johor Bahru.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM1,000. Pertandingan Dugrostar bermula hari ini hingga 12 Oktober depan.

Dugro®, jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar. Inovasi terbaharu Dugro® dengan lima Nutrisi, membantu menyokong tumbesaran pelbagai dimensi keseluruhan kepada kanak-kanak termasuk lima aspek tumbesaran utama, iaitu minda, tulang, imuniti, penghadaman dan kecergasan. Untuk maklumat lanjut mengenai Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38- 1038.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply