Monday, Feb 26, 2018
HomeDi PasaranEmma Maembong Serasi Bersama Maixara

Emma Maembong Serasi Bersama Maixara

POPULARITI pelakon putih gebu, Emma Maembong semakin meningkat sekali gus membuat namanya meniti di bibir masyarakat terutama peminat setianya.

Advertisements

Orangnya bukan sahaja cantik, malah personaliti yang dimiliki membuat siapa sahaja senang mendampinginya. Justeru, tidak hairanlah apabila dia laris diburu pelbagai jenama untuk menjadi jurucakap dalam mempromosikan produk.

Terbaru, Emma dilantik menjadi duta produk makanan tambahan, Maixara. Sebelum ini, wajah Diana Rafar dipilih untuk produk sama.

Maixara ditubuhkan di bawah syarikat Mama Industry (MSI) yang diusaha bersama pasangan suami isteri Azman Mohd Salleh selaku Pengarah Urusan dan Nor Ainna Ibrahim sebagai Pengasas.

Menurut Emma,  pengambilan makanan tambahan Maixara itu membantunya memberi tenaga tambahan selepas penat bekerja.

“Saya cuba dahulu produk ini dan bila ia benar-benar berkesan dan yakin, barulah saya setuju untuk jadi jurucakap. Selepas lebih sebulan mencuba produk Maixara, ternyata cukup serasi dengan Emma.

“Emma sudah mencuba Maixara C Sential, Maixara White Essential dan Maixara Q Berry. Semua produk ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang bukan saja untuk penjagaan kulit, juga memberi tenaga.

Produk ini mudah dimakan dan rasanya seperti gula-gula candy. Sesuai untuk lelaki dan perempuan, selain tidak terhad umur. Paling penting, produk ini memenuhi keperluan dan kehendak semasa dalam dunia yang sibuk ini.

“Emma sendiri meyakini produk Maixara dan mengharapkan masyarakat di luar sana  mencubanya,” katanya yang masih mempromosikan jenama Silky Girl dan Ali Cafe Kacip Fatimah.

Pilihan tepat
Bagi pengasas produk Maixara, Nor Ainna, pemilihan Emma dilihat sebagai seiring dengan penampilan wajah baru Maixara yang lebih segar.

“Kehadiran Emma selaras dengan perubahan baru Maixara. Bukan saja dari aspek pembungkusan semula, produk ini dirumus dengan formula baru dan mempunyai kandungan bahan asli tanpa tiada pengawet atau pewarna tiruan.

Produk ini dihasilkan daripada formula tersendiri dan dikilangkan di kilang kami yang beroperasi di Ulu Selangor. Pelantikan Emma sebagai jurucakap diharap mampu meneruskan kelangsungan Maixara di pasaran bukan saja di Malaysia, juga negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei,” katanya.

Tambahnya, selain mempunyai kelompok peminatnya tersendiri, Emma juga jarang dihimpit kontroversi. Justeru, kerjasama ini diharap terus memberi persaingan dinamik dan positif.

Info produk:
Maixara C Sential:

  • Mengandungi kolagen, vitamin c, silk peptide dan apple fibre
  • Tablet berperisa strawberi yang enak dikunyah
  • Membantu mencerah, melembut, menganjal, menghalus dan melembapkan kulit
  • Membantu menghilangkan masalah kulit seperti jeragat, jerawat, parut, excema, alahan kulit dan lain-lain
  • Dijual pada harga WM(RM95.00) EM(99.00)

Maixara White Essential:

  • Formula diperkaya dengan 15X anti oksida
  • Sesuai untuk semua golongan termasuk wanita mengandung dan warga emas
  • Membantu mencantikkan struktur kulit dengan menjana sel kulit baharu
  • Membantu mencerahkan kulit secara menyeluruh
  • Membantu menghilangkan masalah kulit seperti jeragat, jerawat, parut dan lain-lain
  • Bertindak sebagai anti penuaan
  • Dijual pada harga WM(RM140) EM(RM150)

Maklumat lanjut mengenai produk Maixara, layari www.maixara.com.my

 

 

 

comments

3 produk pelangsing
Kate Middleton teruj

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja