This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

“Emmm…Segar dan manisnya Awak sepanjang hari ini.”

0
Formulasi khas  ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari.

Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari.

Amalan membersih muka secara berkala dapat mengurangkan habuk dan kotoran daripada tersumbat ke dalam liang pori wajah, namun membilas wajah dengan air sahaja tidak mencukupi. Justeru, pastikan anda mendapatkan pembersih muka kerana ia diformulasi khas agar sesuai dengan tekstur kulit wajah.

Bagi memenuhi keperluan ini, SAFI jenama Halal No.1 Malaysia hadir dengan pilihan produk pencuci muka terbaharunya,  SAFI Fruity Fresh, sekali gus membantu gadis menyusuri fasa perubahan diri agar kulit wajah kelihatan segar dan bermaya sepanjang hari dengan

Diperkaya dengan 100% buah-buahan, SAFI Fruity Fresh sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Kini, anda boleh mulai pagi dengan gel pembersih muka SAFI Fruity Fresh, dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis.

Formulasi khas  ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Ada tiga variasi berbeza yang memberi aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.

Lebih menarik, reka bentuk produk yang unik dan trendy, serta rona yang ceria ini amat selari dengan jiwa gadis muda yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan.

Bagi gadis yang aktif, variasi SAFI Fruity Fresh Lemon pasti menambah keceriaan sepanjang hari. Warnanya yang terang memberikan pesona inspirasi dan semangat agar tampil cerah dan yakin di mana sahaja.

Buat si manis yang gemarkan personaliti lembut dan ayu, variasi SAFI Fruity Fresh Strawberi amat sesuai dijadikan teman di ke mana sahaja. Warna kegemaran majoriti gadis ini menyerlahkan sifat mesra dan ayu agar selesa bergaul bersama rakan sebaya. Manakala variasi SAFI Fruity Fresh Anggur sesuai dengan personaliti untuk gadis yang ringkas dan “down to earth”. Rona yang tenang dan mendamaikan ini menjadikan anda mudah didekati.

Nikmati kesegaran berpanjangan dengan 100% buah-buahan aktif:-
lemon11. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (mencerah) 100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!
Strawberi22. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (bebas minyak) 100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Tampil yakin dengan kulit bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!
Anggur33. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (menyegarkan & skrub) 100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Jangan biarkan kulit anda lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersih sepanjang hari!

Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan Safi Fruity Fresh, layari facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA,  instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia .

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply