Enam kesalahan wanita di ranjang

0
Seks yang 'sempurna' memerlukan kerjasama daripada pasangan suami isteri. (Gambar hiasan)

Seks yang ‘sempurna’ memerlukan kerjasama daripada pasangan suami isteri. (Gambar hiasan)

KETIKA mengalami kehidupan seks yang membosankan, wanita seringkali mengeluh pasangannya cenderung susah memahami tubuh mereka dan bagaimana cara merangsangnya. Itu sebabnya lelaki sering dipersalah ketika kenikmatan seksual mulai memudar.

Hubungan seks yang ‘sempurna’ memerlukan kerjasama daripada pasangan suami isteri.  Jangan mudah  menyalahkan pasangan sepenuhnya, anda (wanita) juga perlu menilik diri. Mungkin anda ada melakukan kesilapan yang membuat pasangan menjadi ‘pasif’ ketika bersama.

Ahli terapi psikoseksual daripada New York University dan pensyarah di Universiti Yale dan Princeton, Dr. Ruth Westheimer, berkata, wanita sering melakukan beberapa kesalahan ketika bersama pasangan. Inilah enam kesalahan yang umum dilakukan perempuan di tempat tidur dan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kepuasan.

1. Tiada inisiatif
Jangan terkejut, kenyataannya ramai wanita tidak mahu dicop sebagai ‘wanita agresif’ apabila membabitkan hubungan seks. Tunjukkan minat dengan lebih dulu bertindak. Dijamin, pasangan anda pasti lebih berghairah, sekali gus menemui titik kepuasan baru.

Tekanan hidup boleh melunturkan libido lelaki. (Gambar hiasan).

Tekanan hidup boleh melunturkan libido lelaki. (Gambar hiasan).

2. Takut soal penampilan
Memikirkan penampilan sepanjang berhubungan seks, boleh memadamkan ghairah dan menghancurkan kesempatan meraih kepuasan syahwat. “Jangan fikirkan soal lemak di perut atau riasan wajah.  Beri tumpuan pada keselesaan dan anda harus memberi peluang pada diri untuk mencapai kepuasan sebenar,” ujar Dr. Ruth Westheimer.

3. Seks hanya hak lelaki
Dr. Ruth Westheimer yakin, semua orang harus menghalau semua fikiran kuno itu. Dalam penelitiannya, sama ada lelaki mahupun wanita menemui keintiman hubungan seks dalam konteks hubungan berkomitmen lebih memuaskan.

“Jangan membuat andaian lelaki tidak romantis. Dua kesalahan besar dalam budaya sekarang adalah wanita tidak bersifat seksual dan lelaki tidak romantis seperti wanita.”

4. Mempercayai lelaki selalu memerlukan seks
Tekanan hidup setiap hari, masalah keluarga, pekerjaan, atau besarnya bebanan kewangan setiap bulan boleh melunturkan libido lelaki. Ini boleh menjadi kejutan besar kepada wanita. Hilang minat dan keinginan seks lelaki sering dianggap hal peribadi.

5. Tidak memberi panduan
Berbicara secara terus-terang soal seks, sering membuat wanita berasa tidak selesa. Keadaan ini juga berlaku kepada pasangan yang sudah lama berkahwin

Hakikatnya, lelaki sentiasa mahu memuaskan pasangannya. “Jika wanita memberitahu dengan cara yang tidak membunuh egonya, lelaki akan menghargainya.”

6. Marah ketika pasangan mencadangkan hal baru
Setelah bertahun-tahun hidup bersama, memang wajar untuk mencuba hal baru. Hanya keraa lelaki mahu mencuba sesuatu yang baru, bukan bererti dia tidak menyayangi anda lagi. Jadi, jangan rasa tersinggung dengan permintaan atau cadangannya.

“Jika suami minta mencuba sesuatu yang baru dan anda berasa tidak selesa, cubalah untuk tidak bereaksi secara berlebihan. Biarkan dia tahu anda perlu waktu untuk mempertimbangkannya.”

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply