Enam teater berentap di pentas FTM 2014

0
Persembahan dwi tahunan ini memberi ruang pertandingan teater di peringkat negeri bagi memilih kumpulan yang layak ke peringkat penilaian, seterusnya ke peringkat Kebangsaan.

Persembahan dwi tahunan ini memberi ruang pertandingan teater di peringkat negeri bagi memilih kumpulan yang layak ke peringkat penilaian, seterusnya ke peringkat Kebangsaan.

Festival secara dwi tahunan ini memberi ruang pertandingan teater di peringkat negeri bagi memilih kumpulan yang layak ke peringkat penilaian dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan.

BAGI merealisasikan hasrat Jabatan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam usaha mengangkat bakat generasi baru dalam lakonan, pengarahan dan produksi, penganjuran  Festival Teater Malaysia diteruskan lagi musim ini.

Festival secara dwi tahunan ini memberi ruang pertandingan teater di peringkat negeri bagi memilih kumpulan yang layak ke peringkat penilaian dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Sejumlah 68 buah kumpulan teater bertanding di seluruh negara dan hanya enam negeri sahaja layak ke peringkat kebangsaan.

FTM 2014 JKNN dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kali ini menampilkan enam naskah teater dari enam negeri yang terpilih ke peringkat akhir pada 26 Oktober hingga 1 November 2014.

Kelab Teater Rimba, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mewakili Selangor, antara kumpulan yang bakal berentap di peringkat akhir. Mereka mempertaruhkan naskah ‘Alahai Menantu’ karya Razali Taib dan dibawah arahan Nuex Rosli. Kumpulan Teater Remaja Harapan (Kedah) akan mempersembahkan Teater Transit Warga Tanah karya Abu Afif, arahan Abu Hurairah Roslan.

Wakil Sabah, Grup Teater Lab, Universiti Malaysia Sabah akan mencabar saingan mereka menerusi naskah ‘Vito Il Mafioso’ karya Khairul Amin dan arahan Tasia Alina Ismail, Manakala teater Penggali Intan karya Kirdjomulyo dibawah pengarahan Abdilah Untong akan dipentaskan Persatuan Seni Persembahan Sifar yang mewakili negeri Sarawak.

Kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) pula mewakili Pantai Timur, akan mementaskan teater ‘Iyakah Tok Janggut’ karya dan arahan Zack Zaideen. Sementara Persatuan Penggerak Seni Budaya, Kuala Lumpur mempertaruhkan naskah ‘Empat Penjuru Karma’ arahan dan karya Mohd Firdaus Kamaruddin.

Hadiah wang tunai dan trofi menjadi rebutan. Juara akan menerima RM10,000, naib juara RM8000, ketiga RM6000, pengarah terbaik RM2000 dan RM2000 untuk pelakon lelaki dan wanita terbaik.

Saksikan pementasan teater ini di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mulai 8.30 malam. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pameran, jualan buku, persembahan kesenian dan banyak lagi. Masuk adalah percuma.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi urusetia FTM 2014 di talian 03-26148200 atau melalui  facebook/mysenibudaya dan www.jkkn.gov.my

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply