Eratkan silaturahim dengan Listerine

0
“Iringi Salam Aidilfitri dengan Setulus Hati bersama Listerine®”

“Iringi Salam Aidilfitri dengan Setulus Hati bersama Listerine®”

Gaya hidup moden masa kini yang sentiasa sibuk dan mengejar masa membuat anda kadang kala tidak sempat berhubungan dengan keluarga dan rakan, terutama yang jauh di mata. Bersempena musim perayaan ini, apa kata ambil kesempatan mengeratkan silaturrahim dengan mereka bersama produk Listerine® dalam kempen “Iringi Salam Aidilfitri dengan Setulus Hati bersama Listerine®”

Kempen ini mengingatkan kita, betapa keriangan dan perayaan tidak lengkap tanpa keluarga dan sahabat handai. Sibuk dan jarak bukan lagi halangan mengerat silaturahim, setiap ucapan salam boleh disampaikan melalui laman facebook jenama penjagaan mulut itu.

Lebih menarik, kempen ini turut membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk sama-sama meraikan kedatangan Aidil Fitri.  Setiap ucapan salam yang dihantar melalui facebook.com/ListerineMalaysia, pihak Listerine® akan menderma RM1 bagi tujuan menghantar kanak-kanak Rumah Kasih Harmoni untuk balik kampung bersempena perayaan ini.

Semoga dengan sumbangan kita, kanak-kanak ini dapat bertemu keluarga mereka pada Hari Raya ini. Pengetua dan Pengurus Rumah Kasih Harmoni, Jamal Wahab, berkata, rumah kebajikan yang menempatkan 93 kanak-kanak kurang berkemampuan berumur 3-17 tahun kebanyakannya telah kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa. Lebih menyedihkan, ada antara mereka sangat miskin hingga empat tahun tidak berpeluang pulang ke kampung.

Listerine® memudahkan anda mendekatkan diri dengan orang tersayang.

Listerine® memudahkan anda mendekatkan diri dengan orang tersayang.

Sementara itu, jangan abaikan kebersihan dan penjagaan mulut anda sepanjang Ramadan dan Syawal ini. Tatkala bertemu dengan keluarga dan sahabat handai, pastikan anda yakin dengan kebersihan mulut dengan penggunaan Listerine® Natural Green Tea. Rasanya ringan, tetapi berkesan.

Produk baharu ini mengandungi dos fluorida dua ganda berbanding variasi Listerine® lain, minyak esensial dan kebaikan teh hijau asli untuk menguatkan enamel gigi serta mencegah gigi berlubang.

Tidak kira sama ada bersua muka atau menghantar ucapan melalui alam siber, Listerine® memudahkan anda mendekatkan diri dengan orang tersayang. Dapatkan Listerine® Natural Green Tea di semua farmasi, pasaraya besar dan pasaraya seluruh negara.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply