Erin Malek & Redha juara Fear Factor Malaysia 2

0

Fear Factor

KUALA LUMPUR: Setelah bertungkus lumus mengharungi pelbagai cabaran selama 12 minggu, akhirnya gandingan mantap pelakon Erin Malek dan pasangannya Redha muncul sebagai juara program realiti Fear Factor Malaysia 2 yang diumumkan sebentar tadi.

Erin dan Redha membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 setelah berjaya menewaskan pasangan Nas-T dan Kairul pada cabaran terakhir.

Menurut Erin pendorong utama sepanjang berada dalam program realiti ini adalah sokongan daripada ibu bapa serta rakan-rakan.

“Sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan adalah pendorong saya sepanjang berada dalam program ini.

“Selain itu kerjasama yang baik dan persefahaman yang terjalin diantara rakan sepasukan, Redha merupakan kekuatan utama saya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episode kemuncak Fear Factor Malaysia 2 bertempat di PickNik, Publika.

Di samping itu, Redha berkata salah satu factor yang menyebabkan kemenangan adalah sifat saling bantu membantu serta memahami diantara satu sama lain.

“Saya bertuah berpasangan dengan Erin kerana dia adalah rakan sepasukan yang baik.

“Salah satu kunci kejayaan kami adalah kerana persefahaman yang kuat dan komunikasi yang bagus antara saya dan Erin.

“Walaupun ada cabaran yang nampak mudah tapi sebenarnya sukar dan Erin telah membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu untuk melakukan cabaran tersebut,” ujarnya.

Dua lagi pasangan yang turut mara ke peringkat akhir adalah Shuib dan Zakaria serta Azura dan Rechel masing-masing merupakan wakil bagi kumpulan B.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad.- Astro Awani

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply