Thursday, Sep 20, 2018
HomeSelebritiErra Terkejut Pujukan Engku Emran

Erra Terkejut Pujukan Engku Emran

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira terkejut dengan tindakan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin apabila memuatnaik gambar anaknya dengan tulisan tertera seolah-olah mahu merujuk semula.

Advertisements

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata kepada Mstar bahawa dia mahu agar privasinya di hormati.

“Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya,” katanya.

Sebelum itu, Emran, 39 telah memuatnaik gambar anaknya Engku Aleesya, 5, yang memakai baju bertulisan #prayformomandayah di akaun Instagramnya @iamkumbre.

Luahan hati Emran dimuat naik di akaun Instagram.

Emran turut menulis mengenai hasratnya yang ingin memenangi hati Erra semula dan masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu yang dipanggilnya sebagai Syurga Aleesya (SA).

Dia juga memuatnaik beberapa gambar lain sebelum ini bagai mengimbas semula kenangannya bersama Erra.

Ini menyebabkan beberapa peminat memberikan reaksi positif dan memulakan hashtag #prayformomandayah untuk mendoakan hubungan mereka agar terjalin kembali.

Maklum akan hal ini, Erra berkata kepada Mstar walaupun ramai mendoakan namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi dan mahu semua mendoakan yang terbaik untuknya.

“Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik,” katanya.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari yang lalu dengan talak satu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.- Astro Awani

comments

Penduduk nafi manggi
Dah tolong dapat tal

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja