Fasha Sandha tegur pengikut Instagramnya

0
Fasha dan Jejai kini bahagia menanti kelahiran anak kedua mereka.

Fasha dan Jejai kini bahagia menanti kelahiran anak kedua mereka. Gambar daripada Instagram/FashaSandha

HMMM…Nampaknya, ‘permainan’ dan ‘penangan’ laman media sosial hari ini semakin panas dan mencetuskan pelbagai reaksi yang ‘menakutkan’. Dalam dunia hiburan misalnya, ruang ‘bebas’ ini diguna pakai segelintir peminat untuk menghentam artis.

Petang semalam (Selasa), pelakon Fasha Sandha telah memuat naik komen seorang pengikut Instagram miliknya yang mempersoalkan kenapa dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya, Rizal Ashram Ramli (Jejai)  di Instagram berbanding Nora Danish yang memuat naik banyak foto bersama keluarga bekas mertuanya itu pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tersinggung dengan komen itu, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen mempersoalkan hubungannya dengan keluarga mertua dan dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan baik dengan keluarga Jejai berbanding Nora.

Dalam tulisannya, Fasha jelas kecewa dan mempersoalkan mengapa dia dibandingkan dengan Nora. Aktres itu turut meluahkan, dia tidak suka membaca komen sebegitu, apatah laki ketika ini dia sedang hamil lima bulan.

Komen daripada pengikut di Instagram milik Fasha.

Komen daripada pengikut di Instagram milik Fasha.

Ini pula reaksi Fasha berkenaan komen pengikut di Instagramnya itu;

Negative vibes in the morning. I’ve been receiving this type of comments from different followers almost everyday which i don’t like. The fact of the matter, i was at KLFW2014 for Kavita and Tom Abang Saufi finale shows. Yes, memang betul SHE is close to my husband’s family and always be together with them without me but do u need to feed me WITH this type of comments ?

Tujuannya? Benar2 Kesian atau untuk membuatkan saya lebih sedih? Wallahualam. I’m 5 months pregnant n i don’t like to read this type of comments in my page,my family page or my good friend’s instagram. Yes, anda boleh comments ‘visit my ig’ untuk nak jual apapun or iklan apa saja di laman insta i, i tak kisah and tak pernah tegur,tak pernah delete the comments and tak pernah block. But, not this type of negative comments, Please RESPECT. Somehow, its hurting me. ‘Everyone has their limits’ .

Ini adalah teguran to my followers. Teguran ya,bukan marah. If you don’t have anything nice to say, please don’t say anything at all. To whom it may concern , i do hope that u also understand your limit too. You need to learn that your actions do affect other people,caused problems,negative vibes and comparison. It’s not just always about you. Thank you.”

Hai…macam-macam! Bukanlah nak menyebelahi sesiapa ye, tetapi bagi Miss Pink, tak baiklah ‘kan kita dok membandingkan orang itu dengan orang ini. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan diri. Tak perlulah kita melaga-lagakan mereka dengan memberi komen sedemikian. Lagipun, sekarang Fasha dan Nora sudah ada pasangan hidup masing-masing, biarlah mereka bahagia dengan jalan yang dipilih. Janganlah kita merosakkan hubungan silaturahim mereka. Walaupun mereka artis, mereka pun manusia. Betul tak?

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Miss Pink

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Leave A Reply