This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Fenomena ‘Be Careful With My Heart’

0

PENONTON slot telenovela kini mengalami ‘fenomena’ ‘Be Careful With My Heart’ (BCWMH). Drama siri Filipina terbitan ABN-CBS ini menemui penonton bermula 7 Oktober 2013 di slot Telenovela, setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang di TV3 . Di media sosial termasuk Instagram (#BCWMH) misalnya, rata-ratanya memberi maklum balas positif mengenai drama siri ini.

Drama siri yang diarah Jeffrey R. Jeturian dan Mervyn B. Brondial ini menampilkan barisan pelakon seperti Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Jerome Ponce, Mutya Orquia dan Janella Salvador.

2014-03-06 00.45.562014-03-06 01.06.13

BCWMH mengisahkan seorang gadis bernama Maya dela Rosa (lakonan Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampungnya (Ilocos Norte), di Utara Filipina.

Kehidupannya bersama keluarga sering dihimpit masalah wang. Keadaan rumah yang bocor di sana sini membuat dia dan keluarga kelam-kabut setiap kali hujan turun. Suatu hari,  hujan lebat. Kakaknya, Cristina cuba membaiki bumbung rumah mereka. Malangnya, dia jatuh dan  kaki cedera teruk. Melihat keadaan kakaknya itu ditambah pula kos perubatan yang tinggi, Maya nekad keluar dari Ilocos Norte untuk mencari pekerjaan dan menampung perbelanjaan keluarganya.

Sebaik sahaja menjejak kaki di ibukota Manila, Maya yang mencapai cita-cita menjadi pramugari untuk membantu keluarganya ditimpa pelbagai masalah. Bagaimanapun dia tidak putus asa hingga suatu hari dia bertemu seorang duda kaya, Richard Lim (Richard Yap).

Sejak pertemuan itu bermulalah kisah hidup Maya yang penuh warna-warni termasuk dipaksa menjadi pengasuh kepada anak duda kaya itu jika mahu meneruskan hasratnya menjadi peramugari.

Dek desakan keadaan, Maya terpaksa bersetuju. Sebaik sahaja Maya menjejakkan kaki ke dalam rumah mewah milik Richard, dia secara tidak langsung terbabit dalam kehidupan peribadi dudu itu dan tiga orang anaknya, Luke, Nikki dan Abigail.

2012-06-05 18.00.562014-03-06 00.45.45

Seiring waktu, akhirnya Maya sedar pemergian isteri Richard turut memusnahkan keharmonian dan kegembiraan di dalam keluarga ini. Richard Lim, seorang bapa yang penyayang dan sangat mengambil berat hal anak-anaknya. Disebalik sikapnya itu, dia seorang lelaki yang ego dan sukar menyatakan hasrat hatinya.

2014-03-06 00.49.552014-03-06 00.49.11

Melihat keadaan itu, Maya mengambil inisiatif merapatkan kembali hubungan Richard dengan anak-anaknya. Usaha dan pengorbanan gadis cerita dan berwawasan ini berjaya membina semula keluarga Richard. Pada masa sama, Maya jatuh cinta pada Richard dan amat menyayangi Luke, Nikki serta Abigail. Ternyata, Maya tidak bertepuk sebelah tangan. Sayangnya, ego Richard menyukarkan keadaan. Apakah yang bakal berlaku selepas itu?

Jika anda terlepas menyaksikan siri ini di kaca televisyen, anda boleh menonton siri ‘BCWMH’ di saluran alternatif menerusi portal www.tonton.com.my.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply