Monday, Jul 16, 2018
HomeBeritaFeri Karam di Korea Selatan, 2 maut

Feri Karam di Korea Selatan, 2 maut

SEOUL: Pegawai pasukan pengawal pantai Korea Selatan mengesahkan pihaknya telah menemui dua mayat penumpang dalam insiden feri karam awal hari ini.

Advertisements

Manakala sekurang-kurangnya 368 lagi telah diselamatkan dalam tragedi feri karam di perairan Korea Selatan. Dilaporkan sejumlah 476 penumpang berada di dalam feri ketika kejadian.

Menurut kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita AFP, pasukan penyelamat kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan penumpang lain.

Timbalan Menteri berkaitan Keselamatan dan Pentadbiran Awam, Lee Gyeong-Og, dalam satu sidang media awal tadi berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan jumlah kematian setakat ini.

“Feri hampir karam sepenuhnya,” katanya.

Kapal pengawal pantai Korea Selatan sebelum ini dikerahkan untuk menyelamatkan penumpang, kebanyakkannya pelajar sekolah menengah – daripada sebuah feri yang sedang karam di persisiran pantai negara itu.

Sejurus berita diterima, kapal pengawal pantai, kapal dagang dan beberapa helikopter telah dikerahkan dalam operasi menyelamat itu.

Kebanyakkan penumpang dipercayai pelajar sekolah menengah yang dalam perjalanan ke pusat peranginan yang terletak di pulau Jeju sebelum mengalami masalah 20 kilometer dari persisiran pantai negara itu.

Menurut seorang penumpang, mereka mendengar satu bunyi yang kuat sebelum feri itu terhenti – Astro Awani

comments

FOLLOW US ON:
Wanita dihukum gantu
Johnson’s Baby of

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja