Gulai Tempoyak Ikan Patin

0
2015-08-07 11.26.40

Gulai Tempoyak Ikan Patin menjadi kegemaran ramai tidak kira bangsa dan usia.

Sama ada durian segar mahupun tempoyak, kedua-duanya mempunyai penggemar ‘tegar’ tersendiri. Ada yang suka makan durian begitu sahaja, ada juga menjadikannya sebagai penyedap dan rencah istimewa dalam masakan. Gulai Tempoyak Ikan Patin misalnya, sudah lama menjadi kegemaran rakyat Malaysia khususnya di negeri Pahang.

Selain enak, cara membuatnya juga mudah dan bahan yang diperlukan cukup ringkas. Paling penting, mestilah ada tempoyak. Lagi banyak tempoyak, bertambah sedap hasil gulainya. Mahu cuba, semak senarai bahan dan cara memasaknya.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin, dipotong dan dibersihkan (sebaiknya rendam dengan air asam jawa / lemon)
Sedikit kunyit hidup
10-15 biji cili padi
3 batang serai, dititik
3-5 camca besar tempoyak
3-4 keping asam gelugor
Air secukupnya
1 ikat daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
1-2 kuntum bunga kantan (jika suka)

Cara membuatnya:
1. Tumbuk atau kisar kunyit bersama cili padi sehingga lumat.
2. Di dalam periuk, masukkan ikan patin, bahan yang ditumbuk dan tempoyak. Gaul sehingga mesra (sebati) dan perapkan sekurang-kurangnya 5-10 minit.
3. Bubuh air di dalam periuk berisi ikan patin tadi, masukkan serai, asam gelugor dan didihkan.
4. Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa serta daun kesum.
5. Anda juga boleh masukkan bunga kantan atau sekadar menjadikannya hiasan dalam Gulai Tempoyak Ikan Patin.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply