Hadiah Bernilai RM50,000 Untuk ‘Empayar Sajian Nestum’

0

Juara akan dinobat sebagai Raja atau Ratu Empayar Sajian NESTUM® sekali gus membawa pulang hadiah lumayan bernilai hingga RM50,000.

Buat pertama kalinya, satu acara dilancarkan bagi menobatkan peminat memasak menggunakan NESTUM® di dalam resipi.

Menerusi peraduan ‘EMPAYAR SAJIAN NESTUM®, lima peserta finalis akan bertanding dalam acara kemuncak cook-off dan juara akan dinobat sebagai Raja atau Ratu Empayar Sajian NESTUM® sekali gus membawa pulang hadiah lumayan bernilai hingga RM50,000.

Lebih menarik, resipi juara juga akan diterbitkan di dalam buku resipi memasak cepat dan mudah NESTUM®.

Peraduan ini mula menerima penyertaan dari 1 April 2017 dan semua peminat memasak  berbakat dipelawa untuk menghantar resipi mudah, cepat dan berkhasiat ciptaan sendiri menerusi halaman Facebook NESTUM® Malaysia .

Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia, untuk Milks, Ng Su Yen, berkata, masakan cepat, mudah dan berkhasiat adalah sesuatu yang dicari-cari suri rumah dan ‘home chef’ . Ini  kerana mereka sering dibebani tugasan harian.

“Kami dapati mereka berjaya memapar kreativiti yang tinggi melalui hasil resipi ciptaan masing-masing, menggunakan NESTUM® sebagai sebahagian daripada ramuan masakan. Kami ingin mengiktiraf kemampuan mereka menerusi pelancaran Empayar Sajian NESTUM®.

“Kami ingin menggalakkan setiap peminat memasak mempamer resipi berkhasiat sebagai langkah ke arah cara hidup yang lebih sihat. Ia sebahagian komitmen kami untuk merealisasi matlamat Nestlé ke arah mencapai kehidupan berkualiti serta memberi sumbangan kepada masa hadapan yang lebih sihat,” tambah Ng.

Semua peminat memasak berbakat dipelawa untuk menghantar resipi mudah, cepat dan berkhasiat ciptaan sendiri menerusi halaman Facebook NESTUM® Malaysia

NESTUM® telah sekian lama mengiringi kehidupan keluarga rakyat Malaysia, lebih 50 tahun sebagai asasi isi rumah yang digunakan secara kreatif sebagai sebahagian daripada ramuan resipi. Sebagai produk yang versatil, ia ideal dijadikan ramuan masakan kerana kebaikan multibijirin yang kaya dengan vitamin, mineral dan banyak lagi.

Ng Su Yen dan Pengurus Kesejahteraan Korporat Nestlé Malaysia, Cher Siew Wei, akan membarisi panel pengadil untuk mengisytihar dan menobat pemenang, sama ada Raja atau Ratu Empayar Sajian NESTUM®.

Bagi menyertai peraduan, peserta dikehendaki;

  • Mencipta sendiri, resipi cepat dan mudah dengan mengguna sama ada NESTUM® All Family Cereal atau mana-mana NESTUM® Grains and More 3-in1 sebagai salah satu daripada ramuan
  • Ambil gambar masakan anda bersama produk NESTUM® yang digunakan
  • Sertakan ramuan resipi dan langkah penyediaan masakan
  • Hantarkan penyertaan di NESTUM® Malaysia’s Facebook Messenger
  • Sertakan nama, nombor Mykad, nombor telefon dan alamat emel.

Peraduan ini terbuka kepada penyertaan dari 1 hingga 30 April 2017. Finalis yang terpilih  akan diumumkan sebelum 9 Mei. Maklumat lanjut mengenai Empayar Sajian NESTUM®, sila kunjungi halaman Facebook Nestum.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply