“Hak peribadi saya”

0
Ramli memberitahu, dia sudah berkahwin dengan Alyah pada Mac tahun lalu di Batam, Indonesia

Ramli memberitahu, dia sudah berkahwin dengan Alyah pada Mac tahun lalu di Batam, Indonesia

“MEMANG salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami, tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?”

Itu maklum balas pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS selepas rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam kerana dia disyaki berkhalwat dengan penyanyi Alyah.

Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh, 54, berkata, dia sudah berkahwin dengan Alyah pada Mac tahun lalu di Batam, Indonesia tetapi enggan menyatakan sebab mereka merahsiakan pernikahan itu.

“Kenapa saya tak mengaku kahwin sebelum ini, ada sebabnya. Saya tak mahu cakap kerana itu hak peribadi saya. Saya tak tahulah (anggapan) orang di luar sana,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, serbuan JAIS di rumahnya semalam adalah prosedur biasa yang dilakukan bahagian penguat kuasa berikutan aduan yang mereka terima.- myMetro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply