Hanez Suraya dihujani komen negatif

0

KONTROVERSI yang membabitkan Hanez Suraya semakin hangat selepas pendedahan, Nurliyana Abd Manan (didakwa isteri kepada lelaki -Mr. R- yang kini menjalinkan hubungan dengan Hanez) yang mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Gara-gara pendedahan itu, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial termasuk di dalam Instagram. Rata-rata komen itu mengkritik hubungan Hanez dengan seorang lelaki yang didakwa masih berstatus suami orang.

rampas
(Pendedahan Nurliyana Abd Manan di dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.)

Sementara itu, menerusi Sinar Harian, Hanez berkata, di sebalik segala kontroversi yang berlaku, dia bersyukur kerana karier seninya tidak terjejas dan masih mendapat tawaran daripada beberapa produksi.

“Tidak adil jika mereka hanya dengar penjelasan sebelah pihak. Mereka harus dengar penjelasan saya dan juga pihak yang sepatutnya bersuara (Mr. R). Selepas itu nilailah sendiri dan jika benar mereka rasa saya bersalah, saya tidak kisah andai mereka menghukum saya.

“Saya tenang menerima semua ini, namun saya sedih dengan orang yang mendengar dan menghukum saya menerusi cerita sebelah pihak sahaja. Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna.

“Tapi tidak adil mereka menghukum saya tanpa bukti yang sahih, bagi peluang saya menjelaskan perkara sebenar dan saya juga amat berharap peminat saya dapat beri masa untuk saya,” katanya.

Menurut Hanez, satu sidang media akan diadakan secepat mungkin bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Namun lokasi sidang media tersebut masih belum ditetapkan.

“Saya sudah ada tarikh dan masa untuk mengadakan sidang media, cuma sekarang hanya ada masalah dengan lokasi. Sebaik sahaja semuanya lengkap, saya akan panggil semua media dan jelaskan segalanya pada sidang media berkenaan.

“Namun saya tidak ada hak untuk menceritakan segala hal yang sebenar dan yang ada hak adalah tuan punya badan (Mr. R). Namun apa yang penting sekarang biarlah keadaan semua reda terlebih dahulu,” katanya.

haez2hanez1hanez3

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply