Hanez tuntut isteri kekasih minta maaf

0

“Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka. Semua dakwaannya yang mengatakan saya menjadi punca eretakan rumah tangga dia dan suaminya¬† tidak benar. Saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu), sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas,” kata Hanez Suraya pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel One World di sini, pelakon itu turut meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

“Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ,” katanya.

Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha (Mr. R), 34, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R. Hanez telah dihentam seorang individu menerusi Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu masih suami orang dan mereka belum bercerai.

Situasi bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Pada sidang media sama, Romie mengakui dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangganya sudah ama berlaku iaitu sebelum saya mengenali Hanez lagi.

“Dia (isteri) telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini fail cerai buat kali kedua yang dibuatnya. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi,” tegasnya.

Hasil perkahwinan Romie Razin dengan Nurliyana, mereka dikurniakan dua orang anak yang berusia antara dua dan lapan tahun.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply