Hanis Zalikha kongsi rahsia cantik ‘5M’

0
Hanis Zalikha berkongsi rahsia kulit cerah dengan memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M SAFI Balqis White Trilogy.

Hanis Zalikha berkongsi rahsia kulit cerah dengan memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M SAFI Balqis White Trilogy.

Duta SAFI Balqis White Trilogy, Hanis Zalikha berkongsi resepi kecantikan cerah sempurna di majlis SAFI Balqis Cerah Sempurna Masterclass. Bertempat di The Cooking House bangsar, dengan mengetengahkan konsep “masterclass”untuk mendidik wanita mengenai rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah dengan formulasi khusus daripada buah-buahan segar dan semula jadi.

Masterclass kecantikan ini terbahagi kepada dua sesi, sesi bersama Chef Cerah Sempurna kemudian diteruskan dengan bengkel kecantikan SAFI Balqis White Trilogy yang dikelolai Hanis Zalikha dan Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman.

Sepanjang demonstrasi masakan berlangsung, Chef Nor Zailina diberi penerangan kepada peserta berkenaan manfaat kecantikan Kiwi dalam mencerahkan kulit dan Limau Gedang untuk keperluan khusus kulit berminyak dan sensitif melalui pandangan pakar seorang tukang masak.

Katanya, selain daripada menitik beratkan penjagaan kulit muka, serlahkan kecantikan dari dalam dengan mengutamakan pengambilan buahan dan sayuran.

“Contohnya, pengamalan pemakanan buah kiwi segar yang kaya dengan Vitamin C (dua kali lebih tinggi daripada lemon) mampu mencerahkan kulit dengan lembut dan selamat. Bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, limau gedang pula mempunyai manfaatnya tersendiri dalam mengawal pembentukan minyak.” ujar Chef Nor Zailina.

Penulis yang telah menghasilkan 30 buku masakan ini turut menyediakan satu hidangan khas, gabungan istimewa buah Kiwi dan Limau Gedang sewaktu acara berlansung sebagai salah satu langkah penjagaan kecantikan.

Pada sesi bengkel penjagaan wajah, Mahsuri Sulaiman menerangkan keunikan dan teknologi kecantikan SAFI didalam rangkaian SAFI Balqis White Trilogy beserta cara penggunaan yang betul agar hasrat transformasi kulit cerah sempurna mampu dikecapi. Menurutnya, Kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan serta sains kecantikan SAFI, SAFI Balqis White Trilogy ini telah direka khas untuk seluruh jenis keperluan kulit,  kerana percaya semua wanita berhak mendapat penjaagan wajah yang sempurna seawal usia muda remaja.

Menambah rencah kecantikan dalam sesi ini, Hanis Zalikha berkongsi rahsia kulit cerah alaminya dengan memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M SAFI Balqis White Trilogy  iaitu “Membersih – Menyegar – Memelihara – Melembap – Menyerikan”. Hanis berkata, lima langkah ini adalah elemen utama bagi memastikan kulit sentiasa cerah sempurna.

“Penjagaan kecantikan haruslah dititik beratkan luar dalam agar kulit sentiasa segar, anjal dan kurang kedutan. 5 produk asas mesti ada bersama saya semestinya Pembersih muka, Penyegar, Krim pelembap, Serum dan BB Cream daripada SAFI BALQIS White Trilogy. Selain itu, menikmati snek sihat seperti buah-buahan, serta meminum air masak yang banyak turut menjadi amalan seharian.” Kata Hanis.

Safi Balqis (2) (Medium)Peserta juga berpeluang dengan Mahsuri secara individu untuk mendapat penerangan lanjut mengenai rangkaian produk SAFI Balqis White Trilogy serta sesi beramah mesra dengan Hanis Zalikha bagi mengetahui tips kecantikan serta penampilan penuh keyakinan dirinya.  Peserta pulang dengan raut wajah cerah sempurna dengan bingkisan istimewa dari SAFI Balqis White Trilogy serta merakamkan potret kenangan bersama keluarga SAFI.

Produk SAFI BALQIS White Trilogy ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama-sama kita nikmati manfaat buah Kiwi dan Limau Gedang dalam mencapai kulit wajah cerah sempurna. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI BALQIS White Trilogy sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply