Monday, Jun 25, 2018
HomeKeluarga“Hebatnya Ayah Saya!”

“Hebatnya Ayah Saya!”

Ibu bapa adalah role model kepada anak, anda bertanggungjawab mencorakkan masa depan anak bermula di peringkat pra-kelahiran hingga remaja.

Advertisements

Justeru, ibu bapa perlu mempunyai ilmu dan kemahiran untuk mengimbangi kerjaya serta keluarga supaya mampu berhadapan cabaran dalam memenuhi tuntutan kerjaya juga keluarga.

Ibu bapa harus proaktif serta sentiasa peka pada perkembangan dan perubahan, bagi mengelak anak terjebak dalam gejala sosial.

Antara pendekatan boleh diambil ialah memupuk kasih sayang, jati diri, ketahanan diri dan pendidikan agama yang sempurna kepada anak.

Semua ibu bapa pasti ingin anak berjaya dunia dan akhirat, tetapi cabarannya adalah cara didikkan bagaimana yang berkesan kepada anak. Ada segelintir ibu bapa tidak ambil peduli perkembangan dan kebajikan anak mereka.

Jika pun ada yang mengambil tahu mengenai perkembangan anak, sesetengahnya tiada masa atau tenaga untuk memantau tingkah laku dan perkembangan anak.

Sebagai ketua keluarga, lelaki yang menjadi suami dan bapa mempunyai tanggungjawab besar dalam menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan kepada isteri dan anak.

Dalam kata lain, bapa tidak boleh lari daripada tanggungjawab seorang ketua kerana hala tuju keluarga terletak di bahunya.

Seorang bapa yang baik boleh menjadi pemimpin, model ikutan serta contoh kepada anak. Bapa perlu menjadi pendidik serta berpegang kuat pada disiplin bagi mewujudkan hubungan yang mesra serta  penuh kasih sayang dalam keluarga.

Bapa perlu menjadi pendidik serta berpegang kuat pada disiplin. (Gambar hiasan)

Hala tuju
Ketua keluarga harus meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai agar keluarganya sentiasa berada dalam keadaan selamat, gembira dan bahagia.

Perlu menjadi pemimpin berwibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.

Tanggungjawab bapa bukan sahaja wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat, mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak.

Bahkan, harus berusaha mendampingi anak untuk mewujudkan hubungan erat dengan anak.

Bapa harus meluangkan waktu bersama anak seperti beriadah dan berekreasi bersama, menjauhkan keluarga dari persekitaran tidak sihat, menjadi teman dan mengawal anak menggunakan disiplin.

Kukuhkan hubungan ibu bapa dan  anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta pendekatan psikologi.

Mulakan secara berdiplomasi, suruh anak buat dan beri tempoh masa. Terangkan mengapa. Jika masih tiada hasil, duduk di sisi dan pujuk mereka.

Jika tiada perubahan, tukar perwatakan anda pada mood ‘garang’, tetapi penuh kasih sayang. Paksa anak ikut cakap anda, tetapi jangan berkasar. Buat secara tegas dan jangan putus asa. Jika mereka boleh melakukannya sedikit, beri pujian dan galakan.

Hormati isteri, peluk dan cium, ucapkan terima kasih, beri perhatian ketika dia bercakap. (Gambar hiasan)

Bertolak ansur
Apabila menjadi suami dan bapa, lelaki tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri, sebaliknya perlu bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa juga perkara terutama membabitkan anak.

Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.

Suami yang memahami kekuatan dan kelemahan isteri sentiasa berusaha membantu memberikan semangat serta bantuan fizikal serta material.

Jadi, hormati isteri anda, peluk dan cium, ucapkan terima kasih, beri perhatian ketika dia bercakap, saling menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan, mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil.

Selain mencari waktu untuk berdua tanpa gangguan anak. Ini penting untuk meningkatkan semula hubungan di samping melapangkan minda dan menikmati privacy bersama isteri.

Personaliti bapa yang positif membuahkan kekaguman dalam diri anak, ini sekali gus membantu membina jati diri anak dengan lebih baik.

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
"Hak peribadi saya"
Inspirasi berbento a

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja