‘Henti spekulasi, hormati keluarga mangsa’

0

SEMUA pihak diharap tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana anak kapal atau penumpang pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih hilang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata spekulasi hanya akan menyukarkan keluarga mereka yang bersedih dalam suasana sukar ketika ini.

mh

Beri sokongan moral

Katanya, rakyat Malaysia perlu memberi sokongan moral kepada ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan itu agar terus tabah dan bersabar menghadapi ujian ini serta berdoa agar operasi menyelamat berjalan lancar dengan diselesaikan dengan secepat mungkin.

“Kerajaan Selangor sedih dengan perkembangan terbaharu yang dilaporkan media antarabangsa mengenai pesawat MH370 yang disyaki dirampas,” katanya.- Berita Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply