This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Hidangan eksklusif dengan rasa coklat premium

0
Hidangan eksklusif menggunakan coklat Belgium telah diilhamkan Chef Eksekutif Kumpulan Magnum Kuala Lumpur, Chef Steven Chin.

Hidangan eksklusif menggunakan coklat Belgium telah diilhamkan Chef Eksekutif Kumpulan Magnum Kuala Lumpur, Chef Steven Chin.

CUKUP nyaman serta menguja apabila dapat menikmati sajian yang enak dan menyelerakan. Tidak hanya cita rasanya lazat, malah ditatahias dengan menarik dan menambat selera. Itu antara kelebihan yang ditawarkan jenama aiskrim, Magnum. Magnum sentiasa peka dan tahu cara memenuhi selera pencinta aiskrim dengan membawa pelbagai pembaharuan dan kepelbagaian rasa produknya dari semasa ke semasa.

Lebih menarik, bagi menghargai sokongan penggemarnya, Magnum perkenal ‘The Best of Belgian Indulgence’. Baru-baru ini, bertempat di kafe Magnum Mid Valley, Kuala Lumpur, jenama aiskrim ini telah menganjurkan sesi khas untuk memperkenalkan bahan utamanya iaitu Coklat Belgium yang terbaik dan berkualiti tinggi di pasaran sejak berdekad lamanya. Hidangan eksklusif menggunakan coklat Belgium telah diilhamkan Chef Eksekutif Kumpulan Magnum Kuala Lumpur, Chef Steven Chin.

Berpengalaman lebih sepuluh tahun mencipta hidangan unik dalam pelbagai jenis masakan dan hidangan pencuci mulut untuk hotel bertaraf lima bintang serta restoran makanan mewah, Chef Steven turut memiliki  pengalaman luas dalam mengilhamkan sajian berasaskan coklat.

Ketua Jabatan (Aiskrim), Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd, Shawn Tan, berkata, bagi jenama yang mempunyai kepakaran coklat, acara ini dianjurkan untuk mempersembahkan kehebatan rasa sebenar Magnum dengan mewujudkan hidangan menggunakan coklat Belgium.

“Kami mahu pelanggan sentiasa ingat detik-detik nikmat luar biasa dalam setiap gigitan aiskrim Magnum,” ujar Shawn.

Pada majlis istimewa itu, tetamu disajikan dengan beberapa hidangan yang cukup menambat selera termasuk Butter Fish Fillet dengan campuran sedikit Magnum White Chocolate untuk memberi lapisan rasa manis dan masam.  Butternut pumpkin soup (dengan taburan cinnamon dan dark chocolate), Marinated capellini pasta (dengan ulam dan crisp unagi beignet, salted choc emulsion, soy reduction juga crispy ginger) dan Death by chocolate. Hmmm… Satu kelainan yang harus anda cuba! MAGNUM_1Kepada penggemar aiskrim Magnum, pada April 2015 ini, satu kempen istimewa yang diberi nama “Celebrating Chocolate Pleasures’akan memberi anda berpeluang merasai kenikmatan coklat premium ini. Jadi, jangan lepaskan kesempatan menarik ini dan dapatkan maklumat lanjut mengenai MAGNUM ais krim dan tawaran terbaru, sila layari laman facebook rasmi MAGNUM Malaysia di www.facebook.com/MagnumMalaysia.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply