Hijrah Bella Dally

0

bella31

PELAKON Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, tampil berhijab sejak selasa (9 April 2014)lalu. Memetik penjelasannya menerusi portal, Mstaronline, Bella berkata, dia sendiri tidak menyangka melakukan perubahan itu kerana berasa mungkin berhijab selepas berumahtangga.

“Sejujurnya, saya tiada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini. Tiba-tiba saja, saya rasa seperti ingin bertudung dan  tidak sangka akan ‘berhijrah’ secepat ini.

“Cuma, sebelum bertudung saya memperkukuhkan amalan solat serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Alhamdulillah keluarga dan peminat turut menyokong dengan perubahan ini,” katanya kepada mStar Online.

bella2Bella5

Dia juga sedang memikirkan konsep penampilan atau imej yang ingin ditonjolkan kepada umum dengan melihat gaya berfesyen selebriti bertudung luar negara.

“Buat masa ini saya cuma padankan baju sedia ada dengan gaya lebih sopan. Apa-apa pun, saya akan melakukan perubahannya secara berperingkat,” ujarnya, yang turut memadam semua gambarnya yang tidak bertudung di laman sosial termasuk Instagram.

Ditanya adakah perubahan yang dilalukam itu adalah disebabkan perpisahannya dengan  aktor Nazim Othman, kata Bella: “Siapa kata saya dan dia (Nazim) sudah berpisah? Dia menyokong apa saja yang saya lakukan.” –  Sumber: mStaronline

Kredit foto : Instagram/Bella Dally

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply