Hijrah Ramadan Umie Aida

0
Umie Aida mengakui lebih selesa dan seronok sejak bertudung sepenuhnya.

Umie Aida mengakui lebih selesa dan seronok sejak bertudung sepenuhnya.

ALHAMDULILLAH. Pasti ramai peminat Umie Aida gembira melihat perubahan penampilan diri yang dilakukannya awal Ramadan ini. Sebelum mengesahkan dia telah berhijab sepenuhnya, menerusi laman sosial Instgram, Umie sering memuat naik gambar dia dengan penampilan berhijab sejak 20 June 2014. Gambar yang dimuat naik itu telah mendapat reaksi positif daripada pengikutnya.

Menerusi Berita Harian baru baru ini, aktres tersohor ini mengakui dia kini sudah berhijrah. Sejak berhijab, dia lebih tenang memakai hijab secara penuh selain berasa selesa dan gembira.

“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini (berhijab). Saya bukan saja tenang apabila bertudung, penampilan sekarang membuat saya seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal”

Umir Aida turut memberitahu, Ramadan menjadi dorongan kuat buat dirinya untuk terus bertudung dan tidak bimbang mengenai rezekinya apabila tampil dengan imej baru ini.

“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan mahu memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masa untuk berpenampilan begini dan saya sudah bersedia 100 peratus. Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau. InsyaAllah, perubahan ini tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya,” kata Umie, yakin.

Semoga Umie terus istiqomah dan dipermudahkan urusan hidupnya dunia akhirat, Amin.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply