Himpunan resipi tradisi masyarakat Malaysia

0
Lost Recipes Of Malaysia , himpunkan resipi tradisi masyarakat Malaysia.

Lost Recipes Of Malaysia , himpunkan resipi tradisi masyarakat Malaysia.

MALAYSIA bukan sahaja dikenali sebagai negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, malah mempunyai keunikan dalam kepelbagaian makanannya yang beraneka cita rasa. Justeru, tidak hairanlah apabila menjadi tumpuan negara luar hingga diibaratkan syurga makanan dengan setiap hidangannya.

Menyedari pentingnya menjaga keaslian makanan warisan ini, pemilik studio masakan, At 19 Culinary, Hellen Fong mendapat idea menghasilkan buku masakan, Lost Recipes Of Malaysia yang menghimpunkan koleksi makanan tradisional masyarakat Malaysia.

Buku yang mengandungi menu lama pelbagai kaum ini diberi sentuhan rasa baharu mengikut peredaran masa dan sosiobudaya moden. Buku khas ini diusahakan bersama empat orang chef lain iaitu Mohd. Shokri Abdul Ghani, Goo Chui Hoong, Khairil Anwar Ahmad dan Ezekiel Ananthan dengan kerjasama MPH Group Publishing.

Buku setebal 194 muka surat iniĀ  turut memberikan informasi mengenai sejarah masakan yang menyusuri perjalanan dan perubahan makanan setiap masyarakat di Malaysia.

Setiap menu diterangkan secara terperinci, selain diselitkan gambar bagi memberi pemahaman jelas kepada pembaca. Terdapat juga tip dan cara memasak sebagai panduan dalam juadah tradisi tempatan.

Ditulis dalam bahasa Inggeris, buku Lost Recipes Of Malaysia dijual pada harga RM39.90 dan boleh didapati di gedung buku utama seluruh negara.

 

Resipi asal
Memilih lauk-pauk masakan kampung, Mohd. Shokri yang pernah menjadi cef peribadi kepada keluarga Raja Hussein dari Jordan, berkongsi lima menu mengikut resipi asal ibunya iaitu Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ikan Pari Asam Pedas Melaka dan Mi Bandung.

Bagi mengekalkan keaslian setiap juadah, dia memberi penekanan pada sukatan berbanding cara lama yang hanya mengikut selera tukang masak.

Selain Mohd. Shokri, dua chef muda daripada At 19 Culinary iaitu Sandy Shiek dan Suraiya Razib berkongsi menu makanan minum petang seperti rempeyek kacang tanah, pengat nangka dan kek beras.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply