Saturday, Oct 20, 2018
HomeFesyenHimpunan warna-warni Syawal koleksi raya Amin Jauhari

Himpunan warna-warni Syawal koleksi raya Amin Jauhari

Model kiri (Syarehan) & Zazarina menggayakan koleksi Syawal rekaan Amin Jauhary.

Tatkala Ramadan berlalu pergi, Syawal datang lagi
warna warni busana menambah seri
gadis manis duduk santun menanti
tetamu datang bertandang di pagi Aidilfitri.

Advertisements

PANTAS sekali masa berlalu, Ramadan penuh berkah bakal tiba tidak lama lagi. Disusuli pula Syawal yang mulia. Bagi kebanyakan pereka fesyen tempatan, inilah masanya untuk menampilkan kelainan pada masa sama masih mengekalkan tradisi Melayu.

Sama seperti rakan kreatif lain, pereka fesyen tersohor Amin Jauhary yang berpengalaman 15 tahun dalam perniagaan pakaian ready to wear tidak terkecuali melancarkan koleksi pakaian raya terbaharunya berkonsepkan kontemporari dan sesuai untuk wanita berhijab.

Masih menggunakan tema color blocking, Syawal ini Amin menawarkan pilihan busana warna-warni terdiri daripada warna emas, biru, jingga, hijau serindit, kuning, jingga dan merah dalam himpunan koleksi Aidilfitri 2015.

“Koleksi ini hadir dengan rekaan ringkas dan praktikal, memang sangat sesuai dan selesa untuk dijadikan sebahagian daripada koleksi busana raya kepada penggemar rekaan saya.

“Selain penggunaan fabrik sifon, ada pilihan baju tradisional corak batik yang dilukis khas dengan rona segar dan moden,” kata Amin mengenai koleksi istimewa bersempana Syawal ini.

Tambahnya lagi, biarpun batik sudah lama diperkenalkan, keceriaan warna dan corak yang sentiasa baharu, membuat ia tidak lapuk dek hujan, tak makan dek zaman. Jadi, Syawal ini pasti lebih berseri dengan sepasang batik eksklusif membaluti tubuh. Sekali gus menyuntik aura gadis Melayu yang teguh memegang adat tradisi.

Solekan Syarehan (Cik Yip / 017-672 5354)

Solekan Zazarina (Vee Muhamad / 012-343 0229)

Rekaan moden kontemporari menjadi pilihan Amin.

Istimewa penampilan hari raya ini, setiap busana yang ditawarkan merangkumi baju Kedah, kurung moden, kaftan, kaftan abaya, blous, juga padanan skrit labuh bertingkat dan pario sutera.

“Selain banyak pilihan rona menarik, segar dan moden. Koleksi ini hadir dengan pilihan sepasang dan padanan bersama skrit labuh dan pario yang boleh dibeli secara berasingan atau bersekali. Pemilihan warna, rekaan dan corak disesuaikan untuk semua peringkat usia.”

Walaupun tampil moden, namun sentiasa mengekalkan kesantunan wanita Melayu di hari raya ini.

Jadi, jika anda ingin tampil dengan bergaya dan manis memikat pada pagi lebaran, jangan lupa dapatkan koleksi busana raya Amin Jauhary  yang ditawarkan pada harga bermula RM199.90 RM249.90, RM299.90, RM399.90, RM499.90 dan RM 1499.90. Semua koleksi ini boleh didapati di Parkson KLCC, Parkson Pavilion, Parkson One Utama dan Parkson Alamanda bermula Jun 2015.

comments

FOLLOW US ON:
Motivasi Dan Inspira
Sahut Cabaran Lister

nishaeimann@gmail.com

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja