Homemade Seri Kaya

0

2015-10-14 13.59.02Sarapan bersama roti bakar yang dioleh jem seri kaya memang menambat selera. Anda ada pilihan sama ada membeli seri kaya yang siap sedia dijual di pasaran atau buat sendiri di rumah.

Jika anda memilih untuk buat sendiri, anda bukan sahaja berjimat cermat, malah dapat menjamin kebersihannya. Apatah lagi, proses pembuatannya sangat mudah dan bahan yang diperlukan boleh didpati di sekitar anda. Jom, mari kita buat seri kaya sendiri.

Bahan A:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu mentega, jika suka

Bahan B:
3 biji telur gred A
1 cawan gula

Bahan C:
Sedikit garam halus
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan
Sedikit esen vanila, jika suka

Cara membuatnya:
1. Di dalam kuali non stick, masak 1 cawan sehingga warna bertukar keperang-perangan (menjadi caramel). Pastikan gula tidak hangus kerana ini boleh menyebabkan rasanya pahit.

2. Masukkan perlahan-lahan air panas sambil dikacau sebati. Jika suka, boleh masukkan sedikit mentega dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan sejukkan.

3. Dalam mangkuk, pukul 3 biji telur bersama 1 cawan gula sehingga sebati.

4. Di dalam mangkuk lain, campurkan santan, air bancuhan tepung dan sedikit garam halus. Gaul sebati.

5. Dalam periuk, masukkan bancuhan telur dan santan. Kacau sehingga sebati. Letakkan periuk di atas dapur. Masukkan 2-3 helai daun pandan, sedikit esen vanila (jika suka) dan air gula hangus.

6. Masak adunan sehingga menjadi likat dan pekat. Ketika memasaknya, pastikan sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul-ketul.

7. Pastikan adunan seri kaya disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas atau botol.

 

* Kami mengalu-alukan anda untuk berkongsi resipi kegemaran di ruangan ini. Hantarkan resipi, gambar makanan, nama anda, nombor telefon, alamat dan sekeping gambar anda untuk tujuan siaran ke inspirasimagazine@gmail.com (ruangan Inspirasi Dapur)- Editor

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply